Kerajaan jual aset untuk bantuan krisis Covid, pembangkang jangan sebok -Najib
PH sekarang cuba mainkan propaganda bahawa Kerajaan Pakatan Nasional (PN) sedang jual aset negara seperti Pakatan Harapan (PH).
Ini komen Najib Razak:
1. PH tak ada hak untuk serang PN dalam bab jual aset kerana PH sudah jual banyak aset negara masa tiada krisis besar seperti Covid sehingga nilai aset Khazanah jatuh dari RM116 bilion pada akhir 2017 menjadi RM73 bilion pada akhir tahun 2019.
Frasa "penjualan belum selesai" PH masih dalam ingatan Rakyat.
Selain jual aset, PH juga jarah rizab Petronas dengan banyak kononnya untuk bayar balik GST (tapi sebahagian besar tak bayar lagi pada masa PH tumbang) sehingga Petronas telah diturunkan penarafan oleh Moody's pada Jun 2019 semasa harga minyak masih tinggi.
2. Aset-aset negara itu bukan dibina masa PH. Malah lebih RM1.2 trilion dari RM2 trilion aset negara itu dibina masa saya PM.
PH tak tambah apa-apa aset. PH hanya tahu jual aset dan tahu menjadikan pasaran saham Malaysia kepada paling corot dalam dunia. (yes, dunia!)
Sebab itu, lebih baik untuk PH diam dalam isu PN jual aset negara.
Jika PN jual pun kerana nak biayai pakej bantuan Prihatin RM260 bilion untuk selamatkan Rakyat dan negara masa krisis Covid iaitu krisis paling teruk yang tidak pernah dihadapi dalam sejarah.
PN bukan jual kerana nak bagi 30 ringgek kepada Rakyat.
3. Kerana saya sudah tulis ini bulan lepas sebelum Pakej Bantuan Prihatin diumumkan:
-----
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156866083310952
Seperti yang saya berkali-kali ulang:
"We must get as much money into people's hands as soon as possible".
Kerajaan BN dahulu masa saya PM menaikkan rizab dan kekayaan negara sebanyak RM1.2 trilion dari RM800 bilion pada tahun 2008 ke RM2 trilion. Kita meninggalkan rizab dan kekayaan negara yang cukup besar ini semasa PRU14.
"February 27, 2020: Dr M: Malaysia can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy"
https://www.theedgemarkets.com/…/dr-m-malaysia-can-tap-rm2-…
Inilah masa ianya digunakan untuk membantu seberapa Rakyat yang mungkin.
Jangan bimbang. Kerajaan boleh membina semula Rizab dan kekayaan negara selepas krisis Covid berlalu. Dulu BN mampu bina, kerajaan masa depan (yang tiada PH) pun mampu bina semula.