Ketua Mossad Israel dikuarantin, suspek Covid-19
Ketua Mossad |
Setakat 2 April 2020, jumlah kematian akibat Covid-19 di Israel melebihi 30 orang dan bilangan positif seramai 6,211 orang. Seramai 107 orang di ICU.
Wabak ini telah memaksa lebih ramai pegawai tertinggi Israel dikuarantinkan pada hari Khamis selepas Menteri Kesihatan Yakov Litzman, yang juga mempunyai kontak rapat dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, diuji positif untuk virus itu.
Litzman, 71, dan isterinya didiagnosis lewat malam semalam. Keduanya dalam keadaan stabil, kata kementerian itu. Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Litzman dan isteri juga diperintahkan untuk kuarantin.
Pejabat Perdana Menteri berkata PM Netanyahu sendiri akan mengasingkan diri di kediamannya di Jurusalem hingga Rabu setelah dikatakan mempunyai kontak rapat dengan pembantunya yang juga telah disahkan positif.
Dari kiri: Benjamin Netanyahu, Pengarah Kementerin Kesihatan Moshe Bar Siman-Tov, Menteri Kesihatan Yakov Litzman, dan Penasihat Keselamatan Israel Meir Ben Shabbat di dalam sidang media di Jurusalam. |
Pengarah Kementerian Kesihatan, Moshe Bar Siman-Tov, hari ini mengumumkan bahawa beliau akan mengasingkan diri di sebuah pusat rawatan di Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv.
Sigal Sadetzki, pengarah kesihatan awam di Kementerian Kesihatan, juga diarahkan untuk mengasingkan diri di rumah, kata kementerian itu.
Ketua Mossad Yossi Cohen akan mengasingkan diri di ibu pejabat agensi perisikan, sementara Penasihat Keselamatan Negara, Meir Ben-Shabbat akan melakukan perkara yang sama di rumahnya, media Israel melaporkan.
Menurut menteri itu, 3,201 anggota perubatan, termasuk 701 doktor dan 1,138 jururawat kini dikuarantin. Seramai 900 pembantu kesihatan telah direkrut bagi mengisi kekosongan.
Setakat ini Israel hanya melakukan 7,000 ujian koronavirus dalam sehari. PM Netanyahu telah mengarahkan ujian itu dipertingkatkan kepada 10,000 pada minggu depan.
Israel akan menyambut cuti keagamaan dalam masa yang terdekat termasuk hari Passover Yahudi, dan rakyat Israel dinasihatkan merayakannya hanya dengan ahli keluarga terdekat.
Tahap pengangguran di Israel semakin meningkat disebabkan aktiviti ekonomi yang hampit lumpuh.
BACA: Israel serang Gaza ketika seluruh dunia menghadapi Covid-19
sumber: Israel Hayom