KKM tidak galak penggunaan 'disinfection tunnel", boleh bawa mudarat lain
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan penilaian terhadap penggunaan 'disinfection box', 'chamber', 'tunnel', 'booth', 'partition', atau 'gate' dan membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti ia berkesan mengurangkan jangkitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hasil penilaian juga mendapati bahawa bahan kimia digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan seperti di bahagian mata dan mulut.
Peralatan tersebut membabitkan seseorang berdiri di dalamnya dan disembur dengan bahan kimia selama 20 hingga 30 saat dengan tujuan untuk membunuh virus.
"Hasil penilaian mendapati tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan Covid-19.
Individu akan disembur dengan bahan kimia ketika melalui disinfection tunner |
"20-30 saat (ketika seseorang disembur dengan bahan kimia) tidak cukup untuk proses pembasmian kuman menjadi berkesan. Proses ini juga tidak membunuh patogen di dalam tubuh.
"Tambahan pula, penggunaan bahan kimia ini boleh menjejaskan mukosa membran badan manusia seperti di bahagian mata dan mulut," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.