Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki didenda RM500 kerana pecahkan cermin tingkap rumah emak


SEORANG lelaki dijatuhi hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana merosakkan 12 keping cermin tingkap nako rumah ibunya.

Tertuduh, Razak Abdullah, 34, turut berdepan hukuman penjara satu bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum itu meminta duit daripada kakaknya namun tidak diendahkan wanita terbabit.

Tindakan itu menyebabkan tertuduh mengamuk lalu menyepahkan barang yang ada di dalam rumah.




Kemudian tertuduh turut memecahkan 12 keping cermin tingkap nako membabitkan kerugian RM50 dan beredar meninggalkan rumah selepas berjaya mendapat RM10.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat terhadap cermin tingkap nako rumah Ngah Junus, 65, di Kampung Telari, Manir, jam 8.30 malam pada 25 Mac lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Nordiana Abd Aziz selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakilkan Mazlan Md Zein.

sumber: Harian Metro