Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Long Tiger juga dikehendaki polis bagi siasatan kes rogol -Peguam


Nama Long Tiger menjadi panas beberapa hari ini dengan pelbagai pembongkaran dilakukan oleh warganet.

Aktivis Facebook yang didakwa agak ‘langsi’ dengan menggunakan nama Abang Long Tiger ini sangat popular di media sosial apabila beberapa kali mencetuskan perbalahan dengan beberapa pihak.

Dia juga dikatakan sebagai Abang Long Kawasan Bukit Gambir. Namun keturunannya dikaitkan dengan pelarian rohingya. Beberapa dokumen mengenai keturunannya juga turut mula ditularkan di media sosial oleh warganet.


Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim bin Ab Hamin dipercayai telah menutup akaun facebooknya apabila identitinya dibongkarkan dan telah dikecam oleh pelbagai pihak.

Antara lain dokumen tersebut menunjukkan bangsanya Rohingya berasal dari Myanmar dan agamanya Bahai. Dokumen-dokumen ini didedahkan oleh warganet di laman sosial.

Melalui pencarian, halaman facebook Long Tiger sudah tidak menjumpai berikutan beliau teruk dihentam oleh netizen kerana merendah-rendahkan orang Melayu.


Beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya dan semalam, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini.

Long Tiger telah diwakili peguam Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co.

Menurut peguam Azam Aziz, pejabatnya telah menghubungi Pegawai Penyiasat kepada "Long Tiger" iaitu ASP Mohd Zuwairi dari IPD Muar jam 6 petang semalam dan mendapat maklumat bahawa  "Long Tiger" baru sahaja di berikan reman semalam sehingga 2.5.2020.

"IO akan mohon lanjutan reman jika siasatan masih belum lengkap."


"Setakat ini IPD Muar menyiasat "Long Tiger" di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana Memfitnah bersama Seksyen 233 Akta SKMM."

"Kami di maklumkan kemungkinan besar IPD Tangkak pula akan membuat tangkapan ke atas "Long Tiger" selepas selesai siasatan di IPD Muar untuk siasatan kes ROGOL pula."

"Prosiding Reman berlangsung di IPD Muar bagi mengurangkan pergerakan sempena PKP ini."ujar peguam tersebut.

-Tun Carlos