Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mukhriz jadi PM jika menang jawatan Presiden Bersatu?


Pertandingan pemilihan Presiden Bersatu akan menyaksikan pertandingan sengit antara Muhyiddin Yassin dan pencabarnya Mukhriz Mahathir.

Ini adalah mengikut senarai calon-calon yang layak untuk pemilihan parti Bersatu.

Bagi jawatan timbalan presiden Bersatu akan ada perlawanan sengit antara bekas setiausaha agung iaitu Marzuki Yahaya dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Pilihan raya kepimpinan parti akan diadakan pada separuh kedua tahun ini. Tarikh belum ditentukan bergantung kepada tahap keadaan wabak Covid-19.




Kerusi Pengerusi Bersatu yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dicabar oleh sesiapa.

Apa akan jadi jika Mukhriz berjaya mengalahkan Muhyiddin dan memenangi jawatan presiden Bersatu? Dengan bapanya sebagai Pengerusi, apa yang akan dilakukannya?


Senario pertama: PPBM keluar dari Pakatan Nasional (PN)

Jika Mukhriz keluarkan PPBM daripada Pakatan Nasional, saya sangat ragu-ragu. Walaupun dia mahu berbuat demikian, bapanya akan menghalang kemahuannya.

Tetapi katakan dia tetap melakukannya, adakah PN akan runtuh?

Kita perlu ingat bahawa Azmin Ali dan pengikutnya sekarang berada di dalam Bersatu - mereka mungkin enggan menyerahkan kuasa dan jawatan, dan mungkin akan mengabaikan arahan Mukhriz.

Tetapi bolehkah PN terus menjadi Kerajaan sekiranya Mahathir, Mukhriz dan beberapa ahli Bersatu meninggalkan parti?

Dengan ertikata lain, parti UMNO akan berpecah lagi kepada UMNO Baru (UMNO III atau PPBM) ke dalam UMNO Baru-baru (pengikut Mahathir-Mukhriz) dan UMNO Baru-Baru-Baru (UMNO IV, pengikut Muhyiddin)?

OK, saya tahu, saya juga keliru.




Senario ke-2:

Jika Mukhriz mendengar nasihat bapanya, (di mana saya percaya dia akan dengar) saya percaya dia akan memilih untuk Bersatu kekal di dalam PN dan mengambil alih kedudukan Muhyiddin sebagai PM - Mahathir tentunya benar-benar gembira kerana kedua-dua impiannya akan menjadi kenyataan:

(a) Mukhriz menjadi PM, dan

(b) Dendamnya selama 75 tahun terhadap DAP akan terbalas

Mahathir boleh "berehat" daripada politik dengan tenang dan aman.

Akan tetapi adakah PN akan menerima Mukhriz sebagai PM dan sebagai pengganti Muhyiddin?

Nah, jika Muafakat Nasional (UMNO PAS) merasakan bahawa PRU15 akan memanfaatkan menguntungkan mereka, Haji Hadi dan Zahid Hamidi boleh suruh suruh Mukhriz pergi berambus sahaja.

Tetapi sekiranya mereka merasakan untuk mempergunakan Mukhriz bagi menguruskan pandemik Covid dan menyalahkannya, mereka mungkin menerima Mukhriz sebagai PM.

Tapi maaflah, Lim "KHAT" Siang tiada peranan dalam permainan ini.

Tulisan oleh: KTemoc KonsIders