Najib gesa PN teruskan usaha selamatkan semua duit 1MDB yang disabotaj PH
KUALA LUMPUR: Menurut bekas Perdana Mentri DS Najib Razak di Facebooknya, beliau menggesa Kerajaan Pakatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan usaha mendapatkan semula kesemua duit 1MDB yang telah diusahakan oleh Kerajaan BN dahulu.
Jumlah yang dipulangkan DOJ hanya sebahagian kecil
Beliau difahamkan Kerajaan Malaysia telah menerima US$300 juga dari Amerika Syarikat hari ini - bermakna jumlah wang yang dikembalikan oleh DOJ sehingga kini adalah US$620 juta.
Menurutnya, perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan PH sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang..
Namun, US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.
Kerajaan PH tidak berniat selamatkan kesemua wang 1MDB.
Namun, kerajaan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN.
Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan oleh Najib Razak pada minggu lepas:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.
Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembalikan wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu mendapat kembalikan sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.
Tetapi niat kerajaan PH berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.
Itu bercanggah dengan propaganda PH.
Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang di dakwa hilang secara sekaligus - bukan dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.
Ini penjelasan Najib yang sudah diulang banyak kali tapi tak pernah disangkal oleh sesiapa dari PH:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156870813020952
BACA: AS pulangkan RM1.3 Billion 1MDB yang ditipu Jho Low
Sumber: FB Najib Razak