Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PKP: Polis siasat warga asing anjur pesta "Songkran" di Sepang



SELANGOR: Polis Selangor mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung sekumpulan pekerja warga asing dipercayai di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang dikatakan mengadakan pesta ‘Songkran’ malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa.

“Pihak polis Selangor sahkan ada menerima maklumat tersebut, yang mana disiarkan melalui Facebook dan video rakaman itu berdurasi 30 minit memaparkan beberapa warga asing yang merayakan perayaan ‘Songkran’ di sebuah kilang sarung tangan di situ.




“Kita sahkan memang ada satu siasatan dibuat. Tindakan sedang dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media IPK Selangor mengenai perkembangan Ops Covid-19 di Selangor.

Yazid berkata, bagaimanapun setakat ini belum ada tangkapan kerana kes itu sedang dalam siasatan.

Sebelum itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan menerima maklumat mengenai ‘pesta’ berkenaan yang diadakan di pekarangan asrama kilang pekerja terbabit.

Sebuah video berdurasi lebih 30 minit yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran.

Menurut maklumat pada video berkenaan, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Tindakan mereka menerima kecaman orang ramai kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika negara berusaha membendung penularan wabak Covid-19.

BACA: PKP: Polis berjaya tahan 62 warga Myanmar berpesta Songkran

sumber: FMT