Polis akan ambil tindakan kepada individu VIP langgar PKP -Ismail Sabri
Tidak ada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang dengan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian ditanya mengenai "individu berjawatan tinggi" yang berkumpul beramai-ramai dan melanggar PKP.
"Untuk sesiapa sahaja, saya dah sebutkan, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya.
"Jadi saya difahamkan sudah ada tiga laporan polis yang telah pun dilakukan.
"Oleh itu kita serahkanlah kepada pihak polis untuk meneruskan tindakan, "katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Gambar beberapa pemimpin Kerajaan dan negeri melakukan lawatan dan menikmati hidangan makanan beramai-ramai dikongsi secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu, sehingga mengundang banyak kritikan.
Antaranya dilakukan oleh Timbalan Menteri Kesihatan sendiri iaitu Noor Azmi Ghazali dari parti Bersatu,
Ini selepas beliau bersama exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria (PAS) dilihat menikmati makanan secara berkumpulan dalam satu majlis.
Selain itu tular gambar Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannnya di Teluk Kalong, Kemaman ketika tempoh PKP masih berkuatkuasa. -MKini
Posting Timbalan Menteri Kesihatan |
Majlis makan beramai-ramai tanpa penjarakan sosial yang dihadiri oleh beberapa VIP termasuk Timbalan Menteri |