Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Projek bantuan tudung PPE dijadikan modal untuk menghina Islam



Ada di kalangan non-musim mempertikaikan dan mengaitkan projek tudung untuk frontliners dengan agama.

Perkara ini dijadikan sentimen keagamaan bagi mereka yang sengaja mahu mencetuskan kegusaran awam dan menimbulkan suasana yang tidak aman di dalam negara.

Sebenarnya tudung yang dimaksudkan itu adalah tudung PPE. Ia bukanlah tudung Naelofar Hijab yang dijual oleh Neelofa atau tudung Kallista yang dijual oleh Datuk Siti Nurhaliza atau tudung dUCk yang dijual oleh Vivy Yusof.

Ia adalah tudung PPE. Tudung itu perlu dipakai oleh semua frontliners tidak mengira samada frontliners tersebut adalah Melayu, Cina, India, Islam, Buddha, Hindu atau apa bangsa dan agama sekalipun.

Frontliners lelaki juga diwajibkan untuk memakainya.

gambar kredit: Cinca blogspot
Frontliners lelaki berkongsikan gambar ketika mereka memakai tudung PPE.

Ya, petugas KKM lelaki juga perlu memakai tudung PPE tersebut untuk mengelakkan droplets daripada pesakit atau kontak pesakit yang batuk atau selsema yang melekat pada rambut, telinga atau leher frontliners.




Ia adalah langkah keselamatan yang diwajibkan oleh KKM dalam menguruskan pesakit Covid-19.

Oleh kerana semua tudung adalah jenis PPE yang dipakai buang, sudah tentu kuantiti yang banyak diperlukan. Selepas memakainya tudung tersebut akan terus dilupuskan.

Risiko adalah sangat tinggi untuk digunakan berkali-kali. Apatah lagi mereka frontliners sedang berhadapan dengan virus baharu yang berbahaya yang masih tiada lagi vaksin untuk melawannya.

Samalah seperti pakaian PPE, face mask dan face shield visor, yang juga turut akan dilupus selepas digunakan, juga dipakai buang.

Ini bukanlah perkara baharu. Banyak perkakasan di hospital yang telah pun digunakan secara pakai buang sejak zaman-berzaman. Contohnya jarum suntikan, apron, bedpan liners, disposable urine container/bag, incontinent bag, stoma bag dan pelbagai lagi.




Menurut Khairul Hafidz Alkhair yang mewakili pihak Medtweetmy, harga yang tertera bukanlah harga yang dibayar oleh Medtweetmy dari tabung sumbangan. Ia adalah nilaian harga berdasarkan jenis tudung yang disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan individu.

Apa yang menghampakan adalah komen-komen dari non-muslim yang memperlekehkan dan menghina pemakaian tudung oleh wanita Islam. Bukankah Malaysia Agama Rasmi Persekutuannya adalah agama Islam?

Orang bukan Islam yang telah lama tinggal di Malaysia sepatutnya sudah faham pemakaian tudung bagi wanita adalah perkara berkaitan agama yang tidak sepatutnya dipertikaikan dan dipermainkan.







Menurut Mohd Shahnom Ismail, salah seorang dari mereka iaitu Sheila Sandhu dan suaminya pernah ditahan polis kerana mengkritik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh di atas penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.

Menurutnya ini bukanlah kali pertama Sheila Sandhu dan suaminya membuat provokasi yang boleh mencetuskan kegusaran awam dan menimbulkan suasana yang tidak aman di dalam negara.

Manakala seorang netizen yang lain, Khairul Azri mengesyorkan agar umat Islam beramai-ramai membuat aduan kepada SKMM di pautan https://aduan.skmm.gov.my/ serta melaporkan kepada pihak polis supaya mereka semua dikenakan tindakan yang berat supaya menjadi pengajaran kepada diri dan yang lain. – Cinca