Setelah sekian lama mendiamkan diri, bekas menteri Rafidah Aziz tiba-tiba muncul dan meroyan di Facebook mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli-ahli Parlimennya mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengantikan lantikan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.
Dalam kiriman di Facebooknya hari ini, dengan pengumuman terbaru di tengah-tengah pandemik Covid-19 itu, Rafidah berkata negara sedang bergerak ke belakang. Beliau kecewa dengan lantikan politik yang dibuat oleh Kerajaan PN.
"Jelas sekali, 'gear undur' telah dimasukkan dan di sini negara sedang bergerak ke belakang ujarnya lagi.
Katanya lagi, semasa pandemik global Covid-19 yang sangat serius, wakil kerajaan bercakap mengenai jawatan yang selesa untuk semua orang di dalam kumpulan mereka.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata ahli parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan ketika ini akan diberi tanggungjawab untuk GLC.
Mungkin Rafidah Aziz lupa Malaysia sudah pun hampir bankrap di bawah PH, dengan segala aset-aset milik syarikat GLC sudah habis dijual. Felda pun tak dapat diselamatkan. Malah beliau sendiri pada ketika itu pun hanya membisu dengan segala masalah dan kebodohan yang dibuat Menteri Kabinet oleh PH.
Ketika PH mula-mula dapat kuasa, mereka janji dengan rakyat yang mereka tidak akan melantik lantikan politik di dalam syarikat GLC, tapi semua itu hanyalah janji palsu belaka.
Ramai di kalangan ahli-ahli politik PH telah dilantik di dalam semua GLC dan juga Agensi Kerajaan termasuklah yang paling keji yang tidak dapat dilupakan rakyat Malaysia, mereka melantik Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM.
Diharap Rafidah Aziz berhentilah memperbodohkan dan menipu rakyat seperti mana beliau menipu mengenai isu Kem Sungai Besi dahulu.
-Tun Carlos