Scammer: Natizen diminta semak rekod penjual online di laman web PDRM
PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan penipuan secara online.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerugian penipuan online seperti penjualan topeng muka di seluruh negara mencecah RM4.2 juta.
Menurutnya, modus operandi sindiket penipuan adalah menggunakan media sosial dan bersemuka.
“Pembeli perlu membuat semakan akaun bank penjual terdahulu sebelum membuat pembayaran menerusi portal "semakmule" Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjualan dalam talian di laman sesawang ssm.com.my.
Laman web untuk semak rekod no akaun bank dan juga telefon peniaga online |
“Jadi, tolong jangan mudah percaya terhadap tawaran topeng muka murah atau barangan lain,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.
Selain website PDRM yang berfungsi untuk semak saman trafik, tak ramai orang tahu kewujudan portal PDRM ini yang berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Bahagian JSJK ini, dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).
CCID portal ini membolehkan seseorang buat semakan penipuan yang berkaitan dengan:
- No Akaun Bank
- Nombor telefon
Kepada pelanggan online anda boleh semak rekod no akaun dan telefon penjual di laman web Siasatan Jenayah Komersial di sini
-Tun Carlos