Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Spiderman yang "Far From Home" diarah " Stay At Home"



GOMBAK: Aliran trafik di plaza Tol Gombak bergerak perlahan apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kelibat adiwira 'Spider-Man' baru-baru ini.

Seorang pengguna Facebook, Anna Pettire memuat naik gambar kejadian, yang menunjukkan 'adiwira' berkenaan dilihat bercakap dengan seorang anggota polis, sambil diperhatikan seorang anggota tentera.

"Spider-Man cuba menjelaskan kepada tentera dan polis mengapa dia harus dilepaskan kerana dia berada dalam perkhidmatan penting untuk menyelamatkan nyawa," tulisnya secara berseloroh.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Anna berkata kejadian itu berlaku pada Selasa lalu.




"Dia (Spider-Man) parkir van dia berdekatan dan jalan ke arah dua anggota beruniform tu. Saya tak sempat nak ambil gambar dari depan untuk tunjukkan topeng Spider-Man," tambah beliau.

Ditanya bagaimana anggota keselamatan terbabit menunjukkan reaksi mereka terhadap individu berkenaan, beliau menjawab: "Macam dalam gambar, kool dan profesional."

Imej sama turut dimuat naik oleh Facebook rasmi PDRM, yang secara bergurau mengatakan 'adiwira' juga tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan.

“Walaupun anda merasakan diri sebagai seorang adiwira, anda juga perlu patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ambil peluang untuk berehat di rumah bersama insan tersayang!

“Biar kami pula yang jaga keselamatan anda. #SpidermanStayAtHome

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia,” menurut hantaran tersebut.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa polis telah melakukan sebanyak 4,189 tangkapan, manakala 1,449 individu didakwa di mahkamah kerana melanggar PKP yang bermula sejak 18 Mac.

Bagaimanapun katanya, jumlah mereka yang ditahan pihak berkuasa mulai menurun.

Hukuman maksimum melanggar PKP adalah penjara selama 6 bulan, atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

BACA: Cara mohon Bantuan Prihatin Nasional jika status "tiada rekod"