Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak puas hati Ustaz Ebit salur bantuan, keluarga susah ini diaibkan "orang MB Kedah"


Ustaz Ebit Lew telah ditegur oleh individu tertentu di Facebook kerana dituduh telah menimbulkan pelbagai fitnah keatas Kerajaan Kedah setelah membantu sebuah keluarga yang hidup dalam kedaifan di Alor Setar, Kedah.

Ustaz Ebit adalah seorang pendakwah yang terkenal suka membantu dan menolong orang susah. Beliau juga adalah seorang penceramah motivasi.

Semalam, iaitu pada Isnin beliau telah memuatnaik gambar-gambar melawat keluarga seorang pakcik yang sedang lumpuh kerana strok. 




Posting itu telah menimbulkan rasa sedih dan kasihan netizen apabila melihat tempat tinggal pakcik itu bersama cucu-cucunya adalah amat kotor dan berbau busuk.

Ustaz Ebit berjanji akan mencari rumah sewa kepada keluarga pakcik tersebut dan berjanji akan membantu cucu-cucunya yang ramai dan masih kecil.

Tetapi sedihnya, niat baik Ustaz Ebit telah mengakibatkan sesetengah individu menjadi tidak puas hati kerana menurut mereka kedatangan Ustaz Ebit ke Alor Setar telah menyebabkan pihak Menteri Besar Kedah mendapat nama buruk dan difitnah.




Jika dilihat dari posting Ustaz Ebit, beliau langsung tidak menyalahkan sesiapa malahan menyalahkan diri beliau sendiri kerana selama ini beliau tidak tahu tentang kesusahan keluarga itu.

"Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua."ujar Ustaz Ebit di Facebooknya.


Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami

Seorang lelaki bernama Mohd Ruslin Abdullah telah memuat naik status di Facebooknya yang menegur Ustaz Ebit yang tidak bertanya kepada pihak mereka dahulu sebelum membantu keluarga pakcik itu.

"Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami, tanpa selidik cerita Pak Aq dan Anak2nya ni .. Sekarang kami difitnah Netizen satu Malaysia" ..




"Penduduk kena Fitnah, Masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, Kerajaan kena fitnah, Tuan Tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak"

"Kami tau Ustaz punya pengikut yang ramai,tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini sampai hidup dalam sampah." ujar lelaki tersebut.

Menurut sumber, lelaki tersebut adalah "orang kuat" dan juga "cybertrooper" parti Bersatu Kedah yang menyokong Dato Seri Mukhriz anak kepada Tun Dr Mahathir.


Lelaki tersebut juga mendakwa keluarga pakcik itu selalu diberi bantuan makanan oleh pihak Zakat Kedah dan ada juga sesekali Exco Kedah datang membantu.

Dia juga mendakwa keluarga pakcik itu tidak mahu menerima bantuan rumah yang telah mereka janjikan. Alasannya tanah itu adalah tanah milik orang lain dan lelaki itu juga mendakwa pakcik itu tidak mahu menerima bantuan rumah dari pihak Kerajaan Kedah.




Cubaan mengaibkan keluarga pakcik tersebut

Mohd Ruslin juga di dalam posting Facebooknya cuba untuk mengaibkan keluarga pakcik tersebut dengan mendakwa anak-anaknya adalah penagih dadah.

Dakwaan itu telah mendapatkan kemarahan kepada netizen kerana dilihat ia telah mengaibkan keluarga pakcik tersebut.

Jika benar pakcik itu ada anak-anak yang bermasalah, adakah perlu dibiar saja pakcik yang lumpuh dan cucu-cucunya tinggal di dalam sampah?

Keluarga pakcik itu cuba diaibkan oleh Mohd Ruslin


Facebook Page Menteri Besar Kedah iaitu Mukhriz Mahathir FC juga tidak senang dengan perkara ini sehingga turut kongsi posting yang dilihat jelas tidak menyenangi tindakan Ustaz Ebit membantu keluarga tersebut.

Sungguh aneh jika kita lihat respon orang-orang Menteri Besar Kedah, padahal sebelum ini Ustaz Ebit telah banyak membantu ramai orang susah dari negeri lain. Tetapi bila di Kedah, beliau dikecam sehingga begini.

BACA: Jangan patahkan semangat Ustaz Ebit Lew

-Tun Carlos

Video keadaan daif keluarga pakcik tersebut di Alor Setar Kedah: