Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada lagi alasan, 100 keluarga Rumah Panjang Bukit Kiara akan dapat rumah baru


Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa meninjau keadaan penduduk rumah panjang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan Covid-19 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Berikut adalah teks temubual beliau ketika di sana:

"Telah pun dipersetujui diantara penduduk di sini dengan pemaju yang juga sebahagiannya terlibat dengan Yayasan Wilayah Persekutuan, 100 keluarga yang ada di sini dapat sebuah rumah secara percuma"

"Saya nak mempastikan mereka dapat rumah ini seberapa segera sebab mereka sudah duduk tunggu lama. Waktu mereka mula-mula pindah sini saya bekerja di Dewan Bandaraya.



Tan Sri Annuar Musa bersama penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara 

"Saya balik sini setelah 38 tahun (sekarang) jadi menteri mereka masih duduk di rumah panjang. Tidak adil kepada mereka dan saya harap tidak ada pihak yang cuba menghalang."

"Semua perkara teknikal kita boleh bincang, tiada masalah. Tapi saya nak projek ini berjalan. Plot ratio apa semua ni benda boleh bincang dalam pejabat. Dok bincang plot ratio selama 38 tahun buat apa?"

"Sekarang tiada lagi alasan, projek harus berjalan. Mereka perlu dapat rumah baru. Mereka perlu pindah ke tempat yang lebih bagus.

"Ini (keadaan di kawasan rumah panjang) bukan pemandangan Kuala Lumpur, ini bukan pemandangan Bandaraya, ini pemandangan 38 tahun lalu ketika saya mula bekerja sebagai perancang bandar di sini."




"Mereka terpaksa berkorban kerana banyak pembangunan yang telah dibangunkan berdekatan tempat tinggal  mereka. Walaupun ada yang seronok bermain golf di sekitar kawasan ini, tetapi masih ada penduduk yang masih tinggal di rumah panjang.

"Oleh itu sekarang sudah tiba masa mereka (penduduk rumah panjang) mendapat kehidupan yang lebih baik. Kita mesti lakukannya."ujar Tan Sri Annuar Musa

Keadaan rumah panjang yang daif dikelilingi penempatan penduduk TTDI 

Untuk rekod, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan projek itu pada Julai 2017, walaupun terdapat bantahan daripada ramai penduduk di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang risaukan pembangunan itu akan "termakan" sedikit kawasan yang selalu mereka beriadah dan jogging.

Projek itu kembali mencetuskan kontroversi ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bilamana bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang juga ahli parlimen Segambut menolak cadangan pembinaan itu setelah mendapat banyak bantahan daripada penduduk-penduduk di TTDI.

Menteri Wilayah ketika itu iaitu Khalid Samad juga tak berjaya selesaikan masalah ini kerana terlalu sibuk dengan urusan beli tanah penduduk di Kampung Baru.

-Tun Carlos


Cadangan pembinaan dari DBKL yang "memakan" sedikit kawasan Taman Rimba Bukit Kiara di mana penduduk TTDI selalu berjogging
Penduduk TTDI yang membantah Taman Rimba mereka diganggu
Penduduk TTDI yang hadir ke sesi taklimat untuk membantah projek tersebut pada 2017.
Hannah Yeoh (paling kanan) bersama penduduk TTDI membantah projek tersebut.