Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Mahathir bakal ketua pembangkang?


PARLIMEN dijangka akan bersidang pada 18 Mei ini. Khabarnya pihak Kerajaan telah memohon nama Ketua Pembangkang baru dari Pakatan Harapan (PH), blok parti terbesar yang menguasai bangku pembangkang.

Tetapi sehingga kini PKR, DAP dan PAN masih belum memutuskan siapakah calon mereka walaupun nama Anwar Ibrahim disebut-sebut.

Ketua Pembangkang yang lepas adalah Dato’ Ismail Sabri (BN) yang kini menjadi Menteri Kerajaan PN. Di dalam PH hari ini DAP dengan 42 kerusi Parlimen muncul sebagai parti terbesar.



Wan Azizah, Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu menunggu di hadapan rumah Tun Mahathir setelah terkejut dengan perletakan jawatan beliau

PKR tidak mungkin akan tolak pencalonan ketua pembangkang dari DAP, PAN pula pasti taat menyokong mustahil PAN berani sanggah DAP. Kit Siang sebagai MP veteran cukup berpengalaman dengan berkali-kali memegang jawatan ketua pembangkang sebelum ini.

Setelah ‘Team Azmin’ angkat kaki tinggalkan PKR, parti itu sudah tunggang-langgang. Di Selangor mereka terpaksa kekalkan Amiruddin sebagai MB, Dorayah dan Haniza sebagai Exco walaupun mereka orang Azmin kerana bimbang lebih ramai akan ikut jejak angkat kaki tinggalkan PKR.

Anwar ternyata gagal sebagai Presiden PKR. Parti sendiri goyah, cita-cita menjadi PM pun sudah berkecai dan kini mahu menuntut pula jawatan Ketua Pembangkang?



Sementara itu bekas PM Tun Dr Mahathir pula telah menyatakan enggan duduk di bangku Kerajaan walaupun partinya BERSATU merupakan komponen PN. Sudah tentu ada yang mahu beliau menjadi Ketua Pembangkang dan juga Perdana Menteri lagi.

Menurut pakar stategi politik, Tun Mahathir masih mempunyai taringnya sendiri untuk menghadapi Kerajaan Muhyiddin disamping beliau masih lagi dihormati rakyat. Jika dilihat Anwar dan pemimpin DAP, mereka nampak tidak begitu digemari oleh rakyat.

PH telah pecat BERSATU dari gabungan itu, marahkan Tan Sri Muhyiddin tetapi beliau masih main kayu tiga dengan Tun. Tun pula telah menghancurkan peluang Anwar jadi PM bila letak jawatan sebagai PM. Anwar cukup marah dengan Tun. Nampak bercelaru dan serabut sungguh PH ini.

Selesailah masalah rumah tangga terlebih dahulu sebelum mahu pertikai dan ganggu Kerajaan PN yang semakin didukung dan diyakini rakyat.