Wanita ini terkejut muka membengkak dan hitam ketika hamil
Setiap wanita akan melalui proses kehamilan berbeza. Ada yang beruntung tidak mengalami sebarang alahan, ada yang selalu rasa loya, tetapi ada juga wanita yang melalui alahan teruk sepanjang sembilan bulan mengandung.
Bagi Puan Nor Sahira, alahan yang dialaminya bukan sesuatu yang boleh dibuat main kerana dia sendiri terkejut dengan perubahan wajahnya.
Beliau yang ketika itu mengandungkan anak ketiga berkata, belum pernah dia mengalami situasi seperti itu sebelum ini.
“Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak tiga. Muka saya naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut.
"Tak pernah pembawakan budak seteruk ni. Masa mengandung, setiap hari stress nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum tapi dalam hati, hancur lebur,” tulisnya.
Namun, sebaik sahaja melahirkan anak, wajahnya kembali pulih seperti sedia kala, malah kulitnya yang dulu kusam menjadi semakin cerah.
"Lepas bersalin, sedikit demi sedikit semuanya hilang. Bengkak mula surut, hidung besar mula elok, kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk ape. Saya tak pakai apa-apa.
"Yer ramai kata, terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang terjadi dekat saya,” katanya.
Di akhir perkongsiannya, Nor Sahira melahirkan rasa syukur kerana suaminya banyak membantu sepanjang tempoh kehamilannnya yang lalu dan tidak pernah sekali pun merungut mengenai wajahnya yang membengkak itu.
“Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. Segalanya dah back to normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, salaupun saya tahu sebaliknya dia nak sedapkan hati isteri dia,” ujarnya.
sumber: FB Nor Sahira II
Setelah 3 bulan mengandung, wajah Nor Sahira yang berubah dan membengkak berbanding wajah asal |
Nor Sahira bersama suami |