Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wartawan UK pula diserang netizen, ruangan komen dipenuhi "Your Mother is Green"



Sebuah blog milik seorang wartawan dari United Kingdom (UK) telah diserang oleh netizen Malaysia gara-gara artikelnya yang mengkritik cara kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.

Claire Rewcastle Brown, pemilik blog yang menggunakan nama Sarawak Report itu dilihat senada dengan NGO pro-DAP yang mengkritik cara Kerajaan melalui Polis DiRaja Malaysia menangkap dan membicara individu yang ingkar perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mahkamah.

Selain dari isu tersebut, banyak lagi penulisannya yang direka bertujuan untuk memburukkan Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Sejak semalam, Facebook Sarawak Report telah diserang oleh ribuan netizen Malaysia. Mereka membanjiri posting itu dengan pelbagai komen yang mengkritik dan mempertikai artikel tersebut.

Di bahagian komen, kebanyakkan netizen membanjiri bahagian komen dengan gambar yang bertulis "Your Mother is Green".

Ramai yang meminta wartawan Sarawak Report itu supaya tidak menyibuk dengan cara Kerajaan Malaysia uruskan wabak Covid kerana keadaan di UK adalah lebih teruk dari Malaysia malah Perdana Menteri dan Putera Raja mereka pun turut dijangkiti virus itu.

Setakat hari ini 61,410 rakyat di UK telah dijangkiti virus tersebut dan jumlah kematian adalah sebanyak 7,110 orang. Manakala di Malaysia jumlah positif hanya 4,119 orang dan kematian sebanyak 65 orang.

BACA: Jumlah terkini Covid-19 seluruh dunia

Kerajaan Malaysia dilihat lebih awal melakukan Perintah Kawaan Pergerakan daripada negara tersebut. Walaupun dilihat agak tegas, ia disokong oleh semua rakyat Malaysia kerana mereka mahu memutuskan jangkitan wabak Covid-19 dengan lebih cepat kerana bulan Ramadhan sudah hampir tiba.

Jika dilihat di ruangan komen, admin page tersebut dilihat seperti terkesan dengan ribuan komen yang mengkritik mereka. Ada beberapa komen individu telah dibalas oleh admin.

Admin Sarawak Report terkesan sehingga menuduh netizen sebagai cybertrooper upahan Kerajaan

Netizen-netizen yang menyerang posting tersebut telah dituduh oleh admin Sarawak Report sebagai cybertrooper berbayar Kerajaan.

Jelas sekali wartawan yang berasal dari UK ini mempunyai kekurangan etika sebagai blogger mahupun wartawan dan juga sebagai seorang manusia.

Ketika banyak pihak di seluruh dunia memuji Kerajaan Malaysia bertindak membendung pandemik ini, namun wartawan ini hanya membuat spekulasi dan sengaja membuat persepsi negatif terhadap Malaysia.

Jelas tulisannya ini bermotif jahat dan hanya bertujuan untuk kepentingan diri dan bukan untuk keselamatan dan kebaikan rakyat Malaysia.

Diharap akan ada petisyen supaya dapat mendesak Kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia menyenarai hitamkan blog Sarawak Report ini di Malaysia.

Di bawah adalah posting di Facebook Sarawak Report. Baca hanya bahagian komen sahaja. Tak perlu baca artikel sampah ini.

-Tun Carlos