Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

7 warga asing lari dari pusat kuarantin Covid-19


Tujuh individu warga asing dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Menurut sumber The Star, individu berkenaan yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh tinggal di sekitar Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru.

Dilaporkan mereka melarikan diri pada awal pagi Isnin. Kehilangan mereka disedari pada kira-kira jam 10.00 pagi oleh doktor yang membuat rondaan.

Menurut laporan, mereka sepatutnya dikuarantin sehingga 7 Mei.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim telah merujuk perkara itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), yang menyelia pusat kuarantin berkenaan.

Bulan lalu, pegawai kesihatan menjalankan ujian saringan di flat PKNS di Kampung Baru,  berikutan kematian akibat wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.

Ia kemudian dilaporkan bahawa seramai 23 penduduk didapati positif.

Sementara itu, Menara City One, Selangor Mansion dan kawasan sekitar Masjid India diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama beberapa minggu berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan.



Bagaimanapun, perintah itu ditarik balik pada 3 Mei.

Kawasan-kawasan ini mempunyai jumlah pekerja asing yang tinggi.

Sebelum PKPD ditamatkan, kerajaan menahan beratus-ratus pendatang tanpa izin (pati) di kawasan berkenaan.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa tindakan itu boleh menyebabkan Pati menyembunyikan diri dan sekali gus menjejaskan usaha membendung jangkitan Covid-19.



Bagaimanapun Menteri Kanan (kluster keselamatan) Ismail Sabri Yakob berkata kesemua 586 Pati yang ditahan dalam serbuan berkenaan telah menjalani ujian saringan dan didapati negatif Covid-19.

Justeru beliau berkata, pengkritik operasi penahanan Pati perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana ujian yang dibuat menghalang penularan Covid-19.