Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anwar pertahan lantikannya sebagai Ketua Pembangkang dibuat terlebih dahulu sebelum ada usul sokong Mahathir


Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan dakwaan lantikan beliau sebagai ketua pembangkang baru di Parlimen adalah bagi menggagalkan sebarang usaha untuk Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang.

Anwar merujuk laporan The Star yang mendakwa beliau cepat-cepat mahu dijadikan sebagai ketua pembangkang, selepas mendapat tahu ada usul menyokong Mahathir di Dewan Rakyat.

"Seolah-olah saya diangkat sebagai ketua pembangkang untuk sabotaj usaha-usaha yang lain," katanya ketika sesi siaran langsung di Facebook hari ini.



Mengulas lanjut, Anwar berkata walaupun beliau hanya mengumumkan pencalonannya sebagai ketua pembangkang pada 5 Mei, ia telah dibuat pada 30 April di saat PH masih tidak maklum berkenaan usul Shafie.

Beliau memetik posting Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Facebook.




Katanya lagi, Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail telah maklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof pada 30 April lalu, berkenaan perkara itu.

Anwar berkata keputusan itu dibuat Majlis Presiden PH dan telah dimaklumkan kepada semua parti pembangkang, termasuk Warisan.

"Pada 30 April Saifuddin menulis kepada speaker untuk kedudukan menentukan Anwar sebagai ketua pembangkang.



Usul Dr Mahathir dan (Presiden Warisan) Shafe Apdal pula hanya disampaikan pada 4 Mei dan kita dimaklumkan pada 3 Mei," katanya lagi.

Langkah Shafie itu, yang merupakan anggota Parlimen Semporna, dilihat sebagai cara untuk menunjukkan Mahathir memiliki sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, ia ditolak oleh Mohamad Ariff atas dasar ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan perdana menteri.



Ekoran penolakan itu, Mahathir dilaporkan telah menghantar satu usul dan kali ini khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.

Usul itu diterima speaker tetapi ia kemungkinan tidak akan dibawa pada sidang pada 18 Mei ini, kerana urusan-urusan kerajaan biasanya akan diutamakan berbanding usul anggota Parlimen lain.

Anwar menafikan laporan wartawan bahawa beliau cuba untuk mensabotaj Mahathir menjadi PM.

Tetapi dengan penjelasan Anwar mengenai garis masa lantikannya sebagai Ketua Pembangkang ini seolah-olah mengatakan Mahathir yang sebenarnya cuba mensabotaj dirinya sebagai Ketua Pembangkang dan juga Bakal Perdana Menteri.

BACA: Akta Hasutan: Laporan Polis beramai-ramai ke atas Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir

-Tun Carlos