Armada tak faham fakta perundangan, kes curi tin sardin disamakan dengan kes anak tiri Najib
Masih ada lagi segelintir Pemuda Bersatu (Armada) yang masih tidak faham dan cakna mengenai undang-undang. Mereka dilihat senada bodohnya dengan Pengerusi mereka, Tun Mahathir yang dilihat sengaja memperbodohkan diri untuk sengaja mempersoal dan memutarbelit fakta mahkamah.
Ada yang melontarkan pertanyaan sekiranya kerajaan akan melepaskan individu lain dalam kes rasuah berprofil tinggi yang sedang dibicarakan mahkamah jika mereka membayar wang penyelesaian.
Ini selepas anak tiri Najib Razak, Riza Aziz memfailkan beberapa representasi yang menyebabkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) daripada pertuduhan yang dihadapinya.
DNAA bermaksud pihak tertuduh boleh dilepaskan tetapi masih boleh dituduh untuk kes yang sama sehingga ada kesimpulannya.
Bagi kes Riza, pihak pendakwaan yang mewakili PH iaitu Gopal Sri Ram berpendapat bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menghentikan kes itu dan mohon Riza dilepaskan kerana masih belum ada kesimpulan yang muktamad.
"Adakah tindakan ini merupakan gambaran kepada nasib kes-kes perompak lain seperti Najib Razak, Rosmah Mansor, Azeez Rahim dan Zahid Hamidi, di mana jika mereka berjaya membayar sekian jumlah, mereka dibebaskan tanpa sebarang hukuman yang dilihat sebagai wajar?" Soal Armada.
Menurut laporan dari Malaysiakini, persoalan bodoh dari Armada itu dikeluarkan menerusi kumpulan media WhatsApp Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq yang berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad, mempersoalkan kenapa Riza dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan (DNAA) dengan membayar penyelesaian.
Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan (gambar, bawah) sebelum ini membidas bekas perdana menteri itu, berkata Mahathir seharusnya tidak bersikap hipokrit mengenai hal berkenaan.
"Armada berpendapat kenyataan Takiyuddin bahawa perkara ini adalah Tindakan mengikut undang-undang adalah sangat tidak murni terutama sekali apabila rakyat mula membandingkan dengan kes-kes kecurian lain.
Lebih melucukan, Armada menyamakan kes DNAA ini dengan kes curi sardin dan tin milo.
"Kes seperti curi sardin dan tin milo dikenakan tindakan penjara tetapi perompak berbilion duit rakyat Malaysia dilepaskan tanpa sebarang hukuman penjara hanya dengan mengembalikan sekitar 40 peratus jumlah asal yang dituntut Kerajaan Malaysia.
Untuk maklumat, kes curi sardin, polis tak boleh kompaun kerana Kanun Prosedur Jenayah tak izinkan. Tapi pengubahan wang haram SPRM boleh kompaun kerana akta AMLA benarkan, dengan syarat Peguam Negara memberi izin. Tak susahkan untuk faham fakta ni?
Menurut Armada lagi, mereka ingin Menteri dilihat bertanggungjawab dalam hal undang-undang untuk menerangkan menggunakan prinsip perundangan dan tidak terlalu mempertahankan diri apabila soalan itu telah datang dari Dr Mahathir Mohamad yang dipuja-puja mereka.
Untuk rekod, pihak Riza mencapai persetujuan dengan pihak pendakwaan dalam lima pertuduhan pengubahan wang haram yang didakwa melibatkan dana daripada 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).
Pada 5 Julai tahun lalu, Riza, 43, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan tersebut.
Apa itu penggubahan wang haram?
Apabila sejumlah wang itu diperoleh secara salah atau perbuatan jenayah seperti pecah amanah, pengedaran dadah atau perjudian haram, wang ini dianggap kotor kerana ia kelihatan mencurigakan jika disimpan secara langsung di dalam bank atau institusi kewangan yang lain.
Di dalam kes Riza, beliau tidak dituduh melakukan jenayah kerana terbukti di dalam pita rakaman yang didedahkan bekas Ketua SPRM, Latheefa Koya pada awal tahun lalu, terbukti Riza tidak dapatkan wang itu daripada cara pecah amanah mahupun jenayah yang lain.
Dana itu diperoleh hanya dengan pinjaman/pelaburan daripada kerabat diraja UAE yang didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat melakukan pecah amanah.
Walaupun begitu, masih tidak dapat dipastikan duit yang diterima Riza daripada kerabat diraja UEA itu berasal dari sumber pecah amanah atau sebaliknya.
Oleh itu, dalam persetujuan mahkamah, Riza dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula pinjaman tersebut yang bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta)
Jika Riza gagal untuk mematuhi perjanjian tersebut, barulah pihak pendakwaan berhak untuk mengenakan semula pertuduhan tersebut dan mendakwanya di mahkamah.
Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan oleh pihak Armada Bersatu tadi, jelas menunjukkan mereka ini sebenarnya ramai yang masih buta perundangan dan perlu banyak lagi belajar.
Atau mungkin mereka selama ini belajar dari guru yang salah. Ataupun memang betul mereka ini mempunyai genetik yang bodoh dan dungu.
-Tun Carlos