ANWAR: Audio bocor mesyuarat PH tulen, pengkhianat sokong Mahathir jadi PM selepas APEC
Pengerusi PKR Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman suara mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu sebagai asli.
“Saya dengar klip (rakaman audio) yang agak panjang. Dan sebagai orang yang hadir dan merenung dan banyak bersabar ketika itu, memang tepat apa yang disuarakan.
“Bukan palsu dan memang berlaku begitu (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH),” katanya.
Pada 17 Mei lalu, rakaman berjudul “Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020” yang disiarkan di Facebook “Bersatu sokong Tun Mahathir” mula tular.
BACA: Audio panas, pergaduhan di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH tular
Rakaman itu menunjukkan berlakunya pertikaman lidah antara beberapa pemimpin Bersatu termasuk Syed Saddiq tentang penetapan tarikh peralihan kuasa daripada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar.
Pemimpin Amanah dan DAP dikatakan mahu tarikh tepat ditetapkan selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual hujung tahun ini, tetapi dibangkang keras oleh Syed Saddiq dan juga turut disokong oleh Azmin Ali dan Zuraida.
Pemimpin Bersatu dan timbalan presiden PKR ketika itu Azmin Ali serta penyokongnyanya mahukan mandat kepada Mahathir penuh sepenggal.
Mahathir dalam mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk tidak mengumumkan tarikh sebenar perletakkan jawatannya selepas APEC dengan alasan kononnya ketika beliau berjanji untuk melepaskan jawatan kepada Anwar selepas 2 tahun, beliau tidak tahu masalah dalam negara.
Dengan kenyataan Mahathir itu, mesyuarat menjadi tegang.
Mahathir pada sidang media selepas itu kemudian mengumumkan tarikh peralihan akan dibuat selepas Apec dan tarikh tepatnya terpulang kepadanya.
Dalam siaran langsung di Facebook hari ini, tanpa menyebut nama secara khusus, Anwar berkata mendakwa ketegangan berlaku susulan rancangan “pengkhianat”.
[…] Bila datang mesyuarat, beberapa orang Bersatu dan pengkhianat rupa-rupanya merancang untuk membuat gesaan keras membantah apa-apa pandangan berkenaan transmisi (peralihan kuasa),” katanya.
"Ada yang sorang tu sebut, kakak tu sebut (merujuk kepada Zuraida). kalau boleh biarlah (Mahathir jadi PM) sampai selama-lamanya."
Mengaku disergah Amanah dan DAP
Sementara itu, Anwar berkata beliau mengambil keputusan bertolak ansur bagi meredakan pertelingkahan tersebut yang akan menyebabkan perpecahan PH.
“Setelah dengar panjang begitu begini bertelagah dan sebagainya dan saya juga tahu sandiwara politik dari Bersatu dan pengkhianat untuk jadikan isu peralihan kuasa untuk keluar dari PH.
“Jadi, saya buat keputusan untuk berkata jangan kita berebut, kita ikhtiar dan tawakal,” katanya.
Beliau mengaku kerana keputusan itu beliau “disergah” oleh pemimpin lain dalam PH.
“Saya disergah oleh Amanah dan DAP kerana awalnya sudah putus (peralihan kuasa) lepas APEC dan saya hendak lepaskan begitu sahaja.
“Tetapi saya hendak elakkan supaya pengkhianat dari menggunakan ini (peralihan kuasa) sebagai alasan untuk keluar tetapi kalau namanya pengkhianat, guna cara baik macam mana juga tetap akan khianat,” katanya lagi.
-Tun Carlos