Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Belum sempat Speaker baca doa, sidang DUN Melaka kecoh (video)


Sidang DUN pertama Melaka untuk tahun ini tamat lebih awal daripada jangkaan, hanya setengah jam setelah ia bermula pada pukul 9.30 pagi ini.

Sidang itu berakhir setelah perbalahan antara bekas ketua menteri Idris Harun (Sungai Udang-Umno), speaker Omar Jaafar dan beberapa adun PH.

Insiden bermula ketika speaker ingin memulakan sidang dengan bacaan doa, apabila Idris bangun dan memberitahu Omar bahawa beliau tidak layak untuk berada di kerusi speaker kerana tiada sokongan majoriti ahli DUN.



Menurut seorang wartawan yang menyaksikan insiden itu, Idris menuduh Omar membuat keputusan menolak usul oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali (Lendu-Umno) untuk menyingkirnya daripada kedudukan speaker, atas dasar kepentingan peribadi.

Berdasarkan beberapa rakaman video insiden itu yang diberikan oleh timbalan speaker Dr Wong Fort Pin, tindakan Idris itu kemudian mencetuskan perbalahan dengan beberapa adun PH menggesa speaker agar mengarahkan Idris keluar dewan.

Menurut bekas ketua menteri Adly Zahari (Bukit Katil-PH), Idris juga membaling buku garis panduan sidang dun terhadap Omar ketika insiden itu.

Omar kemudian mengarahkan sidang ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

BACA: Terkini: Ab Rauf dilantik speaker baru DUN Melaka

BACA: Najib minta kerajaan abaikan serangan politik PH, biar netizen yang tangkis