Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

COVID-19: Kes baru di Malaysia kembali ke 3 angka


Malaysia mencatatkan 172  lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,417.

Setakat tengah hari tadi, 34 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,979.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 sekarang adalah 1,323 kes.


"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar hariannya di Putrajaya Hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada 172 kes baru itu, lima kes adalah import, manakala jangkitan tempatan 159 kes bukan warga Malaysia dan hanya lapan membabitkan rakyat Malaysia.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana depot-depot Imigresen ini merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.


"Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya di Putrajaya.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, mendapati bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 sepanjang 24 jam lalu.


Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO).

"Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.

"Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan," katanya. -MalaysiaKini