Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dr Mahathir boleh hilang kelayakan jadi Ahli Parlimen -Peguam


ULASAN PEGUAM MENGENAI DAKWAAN MAHATHIR DALAM KES RIZA AZIZ:

'Dia curi berbilion, dia bawa dengan lori bagi balik kepada kerajaan, dia kata ini duit aku curi, sekarang jangan ambil tindakan ke atas aku. Apakah kita di masa depan kalau ada pencuri, dia kena tangkap, lepas itu bagi balik duit, dia dilepaskan? Saya tidak persoal keputusan hakim, tentulah ia dibuat mengikut undang-undang, tapi saya khuatir pasal ada banyak lagi pencuri dalam negara kita, kalau kita pegang asas ini pencuri terlepas. Kalau macam ini undang-undang, mungkin kita kena pinda balik, tapi itu terpulang kepada Dewan Rakyat nak pinda." -petikan daripada Dr Mahathir Mohamad (https://www.freemalaysiatoday.com/…/dr-m-bimbang-pencuri-la… )

Menurut Perkara 48(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana MP yang didapati tidak sempurna akal akan hilang kelayakan menjadi MP. Bukan nak tuduh orang tua dah gila. Tapi saya risau juga bila fikir pasal Dr M. Ini komen saya:



1. Undang-undang membenarkan pihak berkuasa untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 92(1) Akta tersebut. Selepas kompaun dibayar, tiada pendakwaan boleh dibuat terhadap orang yang membayar kompaun untuk kesalahan yang dikompaun itu.

2. Bila Akta ini mula berkuatkuasa? Pada 15 Januari 2002 (ketika itu, Akta ini dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001). Bila Akta ini diberi Perkenan Diraja? Pada 25 Jun 2001? Nak tanya sekarang, siapa PM masa itu? Siapa Menteri Kewangan masa itu?



3. Tahun lepas, SPRM (yang diketuai oleh Latheefa Beebi Koya, iaitu seorang lantikan Dr M) telah mengeluarkan notis kompaun terhadap beberapa individu dan entiti untuk membayar kompaun kerana menerima wang 1MDB, dan sekiranya mereka gagal, mereka boleh didakwa di Mahkamah untuk kesalahan berkaitan dengan pengubahan wang haram tapi jika mereka bayar kompaun itu, tiada tindakan akan dikenakan (https://www.bharian.com.my/…/sprm-keluar-notis-kompaun-terh…
).

Saya nak tanya, Dr M tidurkah masa itu? Kenapa tak cakap kat Beebi Koya yang seksyen 92 itu tak betul, jangan guna? Kenapa tak cakap yang kita tak boleh maafkan pencuri walaupun jika dia memulangkan balik barang curi itu? Mesti Dr M tidur lah masa itu.



4. Saja lah Dr M guna istilah "curi" walaupun Riza sebenarnya didakwa untuk kesalahan pengubahan wang haram. Sebab kesalahan curi memang tidak boleh dikompaun, Kanun Prosedur Jenayah tak izinkan. Kesalahan penggubahan wang haram boleh dikompaun selaras dengan seksyen 92 itu. Dr M harus ingat, walaupun beliau bercakap macam orang buta huruf bab undang-undang, PHitnah tetap PHitnah.

P.S. Dr M ini okay kah? Atau saya ja tak faham kata-katanya? Teringat satu pepatah Punjabi: "gunggay day ishaaray, gunggay di ma hi jaan di", ertinya isyarat yang dibuat oleh seorang bisu hanya boleh difahami oleh ibunya. Siapa sini "ibu" Dr M, tolong fahamkan saya maksud kata-kata Dr M!

DR. SHAMSHER SINGH THIND
(peguam dan pensyarah undang-undang bebas)