Gitar lagenda Kurt Cobain Nirvana dilelong pada harga RM4 Juta!
Beberapa dekad selepas Kurt Cobain membunuh diri, gitar yang digunakan olehnya semasa konsert lagenda "Nirvana MTV Unplugged in New York" diberitakan akan dilelong dengan anggaran harga permulaan sebanyak USD1 juta iaitu bersamaan (RM4 juta).
Kurt Cobain yang juga penyanyi utama Nirvana tampil bersama gitar model 1959 Martin D-18E dalam persembahan pada November 1993, lima bulan sebelum kematiannya ketika usia 27 tahun.
Persembahan Nirvana Unplugged tetap menjadi salah satu persembahan yang paling popular dan rujukan ahli muzik seluruh dunia, sementara jualan untuk album konsert itu juga amat berjaya.
Gitar adalah item utama untuk acara Music Icons yang akan dihoskan oleh Julien's Auctions di Beverly Hills pada bulan Jun ini.
Darren Julien, presiden rumah lelong tersebut, berkata: "Julien Auction dengan bangga menawarkan gitar bersejarah dari Kurt Cobain ini, yang memajukan industri muzik dan budaya pop secara keseluruhan dengan persembahan bersejarahnya sebagai frontman Nirvana di MTV Unplugged di New York."
"Gitar istimewa ini telah mendapat tempat sebetulnya dalam sejarah rock'n'roll sebagai instrumen yang dimainkan oleh salah seorang pemuzik dan ikon rock yang paling berpengaruh dalam salah satu persembahan secara live yang paling hebat dan paling dikenang sampai bila-bila."
Gitar itu dilengkapi dengan beg gitar hard-shell yang dihiasi oleh penyanyi dan penulis lagu dari kumpulan punk rock Poison Idea tahun 1990 Feel the Darkness.
Tiga tiket tuntutan bagasi yang masih dilekatkan juga masih berada pada pemegang beg gitar tersebut, bersama dengan pelekat Alaska Airlines yang dilekatkan pada beg itu. Kotak simpanan di dalam beg tersebut juga masih mempunyai sebungkus tali gitar yang sudah separuh digunakan oleh Cobain, juga gitar picks dan suede "stash bag".
Bersama gitar Unplugged itu juga, Music Icons akan menampilkan banyak lagi instrumen milik Nirvana termasuk Fender Strat yang digunakan oleh Cobain semasa konsert tour In Utero pada tahun 1994 dan kemeja yang dipakainya dalam video lagu Heart-Shaped Box.
Tahun lalu, cardigan yang dipakai Cobain semasa persembahan Unplugged itu juga berjaya dijual oleh Julien's Auctions dengan harga USD334,000 (RM1.3 juta).
Lelongan Music Icons akan berlangsung secara langsung dan dalam talian di Beverly Hills pada 19 dan 20 Jun.
-The Guardian