Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hajat Tun M jadi PM semula selepas selesai masalah Covid-19 ditolak oleh Speaker


Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menolak langkah Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, lapor akhbar tempatan berbahasa Cina.

China Press melaporkan Mohamad Ariff telah membalas notis yang dihantar Mahathir, dengan memaklumkan usul tersebut tidak mematuhi Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara 27 menyatakan bahwa setiap pemberitahuan perlu disampaikan tidak kurang dari 14 hari terlebih dahulu kecuali jika atas nama menteri maka memadailah pemberitahuan dikeluarkan tujuh hari sahaja.



Ia juga menyatakan jika speaker berpuas hati dengan sesuatu notis itu "setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu."

Laporan China Press menyebut Dr Mahathir telah menghantar surat kepada Mohamad Arif pada 4 Mei mendakwa Muhyiddin tidak ada sokongan majoriti anggota parlimen.

Usul MP Semporna sokong Mahathir juga ditolak

Pada laporan itu juga, China Press memetik sumber berkata Mahathir mahu mengemukakan usul tersebut dengan tujuan mengalihkan perhatian orang ramai daripada perpecahan dalam PH.



Bagaimanapun, baik parlimen mahupun mahkamah tinggi tidak dapat mencabar pelantikan Muhyiddin kerana ia berada di bawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong, kata sumber itu.

Selain itu, Mahathir juga telah mengemukakan permohonannya untuk mengemukakan usul supaya mengekalkan Mohamad Ariff sebagai speaker sehingga ke akhir penggal.

Malaysiakini telah menghubungi Mohamad Ariff untuk mendapatkan pengesahan mengenai laporan ini.

Semalam, Mohamad Ariff memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan media akan dikeluarkan untuk menjelaskan keputusannya mengenai pemberitahuan Mahathir.



Notis itu menyusuli usaha Anggota Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk mengemukakan usul percaya kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, pejabat Dewan Rakyat telah menjawab bahawa usul tersebut melanggar Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik perdana menteri.

Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari pada 18 Mei ini.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Dr, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri setelah didesak oleh pimpinan tertinggi PH untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim.



UMNO dan PAS menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir ketika itu untuk menyambung tugas sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Dr Mahathir menolak untuk bersama UMNO dan berusaha untuk "mencuri" ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk menyertainya.

Politik negara menjadi kucar kacir selama beberapa minggu akibat perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar Ibrahim. Rakyat jadi keliru ditambah dengan masalah penularan wabak covid-19.

Akhirnya  Muhyiddin Yassin telah dilantik YDP Agong setelah mendapat sokongan majoroti ahli parlimen.

BACA: Tuntutlah bubar Parlimen jika korang berani, Najib cabar PH

BACA: Speaker terima usul pembangkang lanjutkan sidang Dewan Rakyat kepada lapan hari

-Tun Carlos

Surat usul undi tak percaya kepada Muhyiddin dari Tun Mahathir

Surat usul sokonga kepada Mahathir dari Shafie Apdal