Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hampir semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi semula pada 4 Mei 2020



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini mengumumkan bahawa hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka 4 Mei ini.

"Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan data yang dikumpul, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP yang ketat.

"Bermula 4 mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk syarat dan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa," katanya.



Restoran makanan juga dibenarkan beroperasi tapi dengan syarat-syarat tertentu seperti mengarahkan pelanggan patuhi penjarakan sosial ketika makan di kedai, sediakan hand sanitizer, penggunaan topeng muka dan amalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, masih ada beberapa industri dan perniagaan tertentu tidak dibenarkan beroperasi seperti perniagaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti:

  • panggung wayang
  • pusat karaoke
  • pusat refleksologi
  • pusat hiburan
  • kelab malam, 
  • taman tema
  • bazar Ramadhan
  • bazar Aidilfitri
  • Karnival jualan
  • dan semua bentuk persidangan dan pameran


Aktiviti-Aktiviti sukan yang melibatkan orang ramai juga tidak dibenarkan.

Jogging, kayuh basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat ada penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Majlis sosial seperti kenduri, rumah terbuka, majis buka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan Jabatan kerajaan dan swasta dan semua majlis perasmian tidak dibenarkan.




Aktiviti keagamaan seperti solat jemaah di masjid, surau dan rumha-rumah ibadat yangn lain juga tidak dibenarkan.

Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. 

Perjalanan rentas negeri untuk balik beraya di kampung tidak dibenarkan.

Sekolah, kolej dan universiti juga masih belum boleh dibuka.

BACA: Najib tak setuju sektor ekonomi dibuka serentak 4 Mei

BACA: Polemik moratorium: Apa pilihan kita?

-Tun Carlos