Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hina Melayu bacul kerana takut DAP, lebih 19 ribu komen kecam Tun Mahathir


Kuala Lumpur – Tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mempertahankan DAP akhirnya mengundang padah apabila dirinya dikecam hebat para netizen.

Mahathir menerima kritikan hebat itu apabila berkongsi sebuah artikel panjang bertajuk ‘DAP Hancur Melayu’ yang dimuatnaik di laman Facebooknya semalam.

Tinjauan yang dilakukan diruangan komen mendapati majoriti masyarakat menyifatkan Mahathir sebagai mudah lupa kerana sanggup menghina Melayu hanya kerana ingin membela DAP.



“Atok (Mahathir) dah tanam kat minda orang Melayu selama lebih 22 tahun bahawa DAP ni bahaya. Sekarang atok nak berdakwah bahawa DAP suci bersih? Atok ni dah nak mati kot,” tulis Fairu Zamir.

“Tun, orang Melayu sebagaimana yang dikatakan itu adalah hasil daripada tangan-tangan orang seperti Tun, yang tidak amanah, jujur (dan) ikhlas. Berpoltik kerana bangsa, orang politik spesis Tun lah yang menyebabkan Melayu terpinggir. Jangan salahkan kami tapi salahkan diri Tun sendiri. Allah SWT tahu apa yang Tun lakukan,” tegas Anuar Syukri Sulaiman.

“Saya amat malu, kerana Tun sebagai orang Melayu menghina orang Melayu, Tun memgkayakan anak beranak, sangup ‘menyembah’ DAP untuk menjatuhkan Melayu demi menjaga anak beranak dan kroni. Saya amat malu, amat malu kerana Tun bukan lagi pembela Melayu tapi pemusnah Melayu,” tegas Mohd Zai Mustafa.



“Tun, I have always adore u and your views. But in this matter, I beg to differ (Tun, saya selalu menyanjung dan menyokong pandangan anda, namun di dalam isu ini saya mohon untuk membantah).

“DAP bukan sahaja musuh melayu, tetapi musuh negara. Jika dahulu komunis mengganas, nampak jelas. Tetapi DAP (sekarang) ibaratkan virus yang menyebabkn perpecahan dalam negara, ditanamkan rasa benci kepada Sultan, Melayu dan Islam, dengan halus segala usaha dilakukan,” tulis Affandi Yaacob pula.

Sehingga artikel ini ditulis pandangan Mahathir itu telah dikongsi hampir 4,400 pengguna Facebook yang mengecam pandangan beliau itu.



Petang semalam Mahathir menyatakan rasa malu kerana ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP – sebuah parti berbilang bangsa – sehingga mereka sanggup mengkhianati mandat rakyat.

Kata Mahathir, sejarah membuktikan Melayu mampu mempertahankan kepentingan bangsanya termasuk semasa berdepan dengan penjajah Inggeris.

Melalui artikel tersebut Mahathir turut menyifatkan orang Melayu yang takut dengan DAP sebagai bacul. – SuaraTV

BACA: Melayu zaman sekarang bacul kerana tidak mahu bersama DAP- Mahathir