Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hina TMJ: Patrick Teoh ditahan lokap 3 hari



JOHOR BAHRU: Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, direman tiga hari bermula hari ini hingga Selasa ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata reman itu bagi membantu siasatan memuatnaik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan permohonan dibuat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor pagi tadi bagi menahan reman Teoh, 73, bagi membantu siasatan kes.



"Jumaat lalu, Polis Johor menerima satu laporan polis daripada orang awam berikutan satu muat naik kenyataan jelik melalui Facebook atas nama Patrick Teoh yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor dan institusi diraja Johor.

"Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Johor menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Suspek dipercayai individu yang memuatnaik kenyataan jelik berkenaan dengan komputer ribanya turut dirampas bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Teoh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia boleh membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Ayob menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi memuatnaik kenyataan palsu untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

"Polis Johor tidak akan berkompromi terhadap tindakan berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas," katanya.

BACA: Ambiga tak puas hati Patrick Teoh masuk lokap, ini alasannya