Iklan raya promosi sawit zaman PH kini jadi bahan troll Najib
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah memuat naik satu video iklan raya yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan bagi mempromosikan minyak sawit.
Video tersebut dihasilkan pada sambutan Syawal pada tahun 2019 iaitu ketika Pakatan Harapan masih lagi berkuasa di Putrajaya.
Posting di Page Najib itu telah mendapat 27ribu sukaan dari netizen dan lebih 2.5 ribu komen sejak kelmarin.
Di dalam iklan itu juga menampilkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan juga bekas-bekas Menteri Kabinet PH sebagai pelakon tambahan seperti Muhammad Sabu, Teresa Kok, Xavier Jayakumar, YB Shamsul Iskandar dan YB Syefura.
Di dalam video itu, Ahli-Ahli Parlimen PH telah dihidangkan dengan masakan kari kepala ikan yang dimasak menggunakan minyak sawit.
"Ahh lama tak makan kari kepala ikan."sindir Najib pada kepsyen di video tersebut.
Posting Najib telah mendapat pelbagai komen daripada netizen.
"Tu la kan Dato Seri...diorg makan kari kepala ikan sedap ooo...tapi rakyat makan minyak sawit jerrr..sekarang haaaa padan muka..karma tu sekejap je tuhan bagi..."- Hairol Anuar
"Excited sangat jadi kerajaan sebab tu iklan raya pun merapu. Apa ke gila minta kari kepala ikan pagi raya..kahkah." - Muhd Iqbal
"Haha lucu pulak tengok iklan ni terus teringat 1 org kena minum 1 sudu minyak sawit." -AD Darwis
"Iklan paling kelakar yang pernah ada dalam negara oleh bekas menteri Pakatan Haramjadah .Memang patut pun hanya suku penggal saja." -Alias Idris
"Kempen minyak sawit dekat rakyat sendiri. Ya la rumah kami pakai minyak zaitun dengan jagung." -Samsuri Ahmad
"Menteri PH haprak ,mereka tiada lntergrity dan credibility untuk mentadbir negara.. tugas harian mereka asyik fokus berpolitikus create propaganda, manipulate issue memfitnah, menghasut, menipu rakyat.. bab economic dan lain-lain totally out..sengsara rakyat.." -Neen Nina
-Tun Carlos