Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes Rasuah: Bekas Setiausaha Politik Khalid Samad disiasat


PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bekas setiausaha politiknya ditahan polis semalam susulan aduan sebuah syarikat arkitek berhubung dakwaan rasuah.

Katanya, syarikat itu diberikan perintah pembangunan (DO) palsu oleh seorang “broker” yang menerima bayaran selepas menjaja nama bekas pembantunya yang dikenalinya sebagai “Haji Azli”.

Bekas setiausaha politik Khalid bernama Azli Yusuf.


Khalid mempertahankan bekas Setiausaha Politiknya

Khalid Samad memberitahu bahawa  broker yang terlibat rasuah itu sengaja menjual nama bekas setiausaha politiknya.

“Saya tidak boleh menceritakan lebih daripada itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Saya diberitahu broker berkenaan menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini.

“Kepercayaan ‘cash is king’ memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya,” katanya dalam catatan di Twitter malam ini.



Khalid berkata, broker itu turut disiasat polis.

Terdahulu, FMT mendedahkan Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

FMT difahamkan, setiausaha politik menteri itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.


Pemeriksaan FMT mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas “2 jenayah komersial”.

Sumber memberitahu FMT, polis akan memanggil bekas menteri itu dan timbalannya tidak lama lagi, serta pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melengkapkan siasatan.

sumber: FMT