KKM buat laporan polis dan skmm ke atas posting fitnah tiga individu
Kenyataan Media KKM Berhubung Dakwaan Fitnah Jahat Terhadap Lima Pegawai Kementerian Kesihatan
Satu laporan polis telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini berhubung fitnah yang mendakwa lima orang pegawai Menteri dan Kementerian telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Laporan tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Fitnah itu dibuat menerusi penulisan di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun Facebook “Teuku Shafiz Rullah", "STEADYAKU47" dan akaun twitter "Fadzilah Mamat@fadzilahmamat".
Posting di Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian. Posting itu antara lain mendakwa "Menteri Kesihatan juga terlibat" dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta.
KKM melahirkan rasa kesal terhadap fitnah tersebut. Sehubungan itu, KKM berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.
KKM juga memohon kepada netizen supaya menghentikan perkongsian fitnah itu.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
5 Mei 2020
Kenyataan media KKM |
Posting fitnah Teuku Shafiz Rullah di Facebook |
Posting fitnah Fadzilah Mamat di Twitter |
Posting fitnah STEADYAKU47 di Facebook |
SPRM nafi buat penahanan di KKM |