Mahathir dakwa sebaran klip audionya berniat jahat, harap PH percaya cakapnya
Bekas Perdana Menteri Ke-7, Dr Mahathir Mohamad telah memuatnaik status di twitter beliau bagi menyangkal dakwaan mengenai beliau yang memutuskan Bersatu untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
Kenyataannya itu dibuat berikutan ramai pemimpin daripada Pakatan Harapan terutama dari PKR, DAP dan Amanah sudah mula tidak mempercayai beliau.
"Ada yang berniat jahat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting. Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT."
"Saya kekal setia bersama rakan-rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14."
"Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional."
"Saya tolak. Susah dan senang kita bersama." ujar Mahathir mengakhiri tweet beliau.
Untuk rekod, Mahathir sebenarnya telah pun mengkhianati mandat rakyat ke atas PH apabila beliau sendiri memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun dihalang oleh YDP Agong untuk berbuat demikian.
Menurut titah YDP Agong ketika persidangan Dewan Rakyat semalam baginda memetik, Mahathir tetap juga bertegas untuk meletakkan jawatan sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan jatuh sehingga semua barisan Kabinet hilang jawatan.
Setelah YDP Agong melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8, Mahathir terus menyerang Muhyiddin dan menuduh beliau sebagai pengkhianat kerana menyebabkan PH hilang kuasa.
Semalam, tembelang Mahathir sendiri pecah apabila tersebar satu negara klip rakaman audio yang membuktikan bahawa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang bersetuju untuk partinya itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari yang lalu (beliau umumkan letak jawatan sebagai PM pada esoknya iaitu 24 Februari).
Lebih mengejutkan, Mahathir sendiri mengaku di dalam mesyuarat tersebut bahawa beliau sebenarnya tidak suka kepada DAP dan Anwar.
BACA: Rakaman audio Mahathir, putuskan PPBM keluar dari PH dan tak suka Anwar DAP
Menurut seorang pemimpin Bersatu yang telah dihubungi, beliau yang juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut mengesahkan klip itu tidak disunting kerana itulah yang diperkatakan sendiri oleh Mahathir di dalam mesyuarat tersebut.
-Tun Carlos