Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir dan Anwar kembali meroyan, dakwa Kerajaan PN yang dilantik Agong tidak sah


Pengerusi Bersatu, Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim kembali meroyan dengan menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah diberi mandat oleh Yang Di Pertuan Agong pada hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa mendapat mandat daripada rakyat.

Kedua-dua pemimpin politik itu berkata kini masanya telah tiba agar mandat berkenaan 'dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya'.

Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena memperingati ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.



"Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini. Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat.

"Ia tidak diperoleh secara sah menurut kertas undi di dalam pilihan raya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata," kata kenyataan tersebut.

Menurut kedua-dua pemimpin itu lagi, mereka tidak sanggup "menggadaikan moral dan etika" untuk menyokong kerajaan hari ini.



"Kami tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib negara.

"Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya," tegas kedua-dua pemimpin itu.

"Semangat perjuangan kami masih marak'

Mahathir dan Anwar yang pernah menjadi seteru politik berkata, mereka telah mengepikan perbezaan peribadi demi membawa suara rakyat dan kemenangan kepada PH dua tahun lalu.

"Dua tahun lepas kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.

"Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.


"Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia baru," tegas kedua-dua pemimpin itu.

Pada 7 Mei lalu, Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi dilapor memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menjelaskan usul itu dijangka tidak akan dibahaskan pada sidang parlimen 18 Mei ini memandangkan mesyuarat Dewan Rakyat hanya akan membicangkan usul kerajaan dan rang undang-undang.



Pada pilihan raya umum 2018, PH mencipta sejarah apabila menumbangkan kerajaan BN pimpinan perdana menteri ketika itu, Najib Razak yang difitnah dengan isu 1MDB.

Namun, kerajaan baru yang dipimpin Mahathir itu hanya mampu bertahan selama 21 bulan selepas Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan setelah beliau mendapat desakan dan tekanan dari pemimpin PH yang mahu Anwar segera dilantik menjadi Perdana Menteri sebelum Mei 2020.

Mahathir ketika itu mendapat sokongan daripada bekas pemimpin PKR yang diketuai bekas timbalan presidennya, Azmin Ali untuk menyokong beliau sekiranya ada undi tidak percaya.



Pemimpin BN, PAS dan GPS juga telah membuat kenyataan bersetuju untuk menyokong Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sehingga tamat tempoh.

Akhirnya Mahathir meletakkan jawatan dan Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-8 setelah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen.

Bersatu kini berpecah antara kumpulan penyokong Mahathir dan Muhyiddin Yassin selaku presiden parti.

BACA: Akta Hasutan: Laporan Polis beramai-ramai ke atas Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir

-Tun Carlos