Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BIADAP: Mahathir pertikai titah Agong, dakwa Parlimen gedung bisu



PUTRAJAYA: Setelah selesai sidang Parlimen pada pagi ini, bekas Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang lain telah melakukan satu sidang media di Yayasan Sri Perdana.

Di dalam sidang itu, Mahathir menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana Ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk berbahas di dalam Sidang Dewan pada hari ini.

Ini berikutan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang diusulkan sendiri olehnya telah ditolak daripada dibahaskan pada hari ini.



"Saya mintak (sidang Parlimen) untuk lapan hari, saya fikir tidak jadi masalah kalau nak buat lapan hari pun dengan cara yang dibuat pada hari ini."

"Saya berpendapat bahawa, kami tidak dapat terima alasan kononnya kerana pandemik ini kita cuma boleh bersidang semala 2 jam sahaja. Sedangkan di Sabah tiga hari mesyuarat. Lepas tu berapa banyak yang dapat sakit?" soal Mahathir sinis.

"Tetapi di Kuala Lumpur ini barangkali angin ni penuh dengan Covid lah, sebab itu tak berani. Kalau kita bercakap ia keluar daripada mulut, jadi (kalau) tak bercakap baguslah." sindirnya lagi.



"Jadi lain kali kita boleh kata parlimen ini bukan parlimen gedung (untuk) bercakap. tapi gedung bisu. Tak boleh cakap." ujar Mahathir.

Dalam sidang Parlimen pagi tadi, YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menasihatkan agar ahli politik tidak mengheret sekali lagi negara ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19.



"Kerana itulah, kerajaan beta juga telah memutuskan majlis mesyuarat pertama yang berlangsung pada hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah beta sempena pembukaan penggal parlimen yang baru ini." titah Baginda.

BACA: Titah YDP Agong

-Tun Carlos