Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Maria Chin desak pihak berkuasa henti tangkap PATI


KUALA LUMPUR –  Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah hari ini sekali lagi menggesa pihak berkuasa berhenti menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian.

Desakan beliau dilihat bertentangan dengan kenyataan Pakatan Harapan yang sebelum ini dilihat anti warga asing, dimana mereka dakwa warga-warga asing ini disalahgunakan oleh Barisan Nasional untuk dijadikan pengundi hantu pada Pilihanraya.

“Walaupun dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia terhadap penahanan mereka terhadap pendatang asing tanpa izin, kerajaan terus menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk memberantas golongan ini."ujar Maria yang juga bekas pengerusi BERSIH.


“Sepanjang bulan lalu, kita melihat pihak berkuasa menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menyingkirkan komuniti pendatang termasuk kanak-kanak dari kawasan pekerja asing di Jalan Masjid India (1 Mei) dan Pasar Borong Kuala Lumpur (11 Mei),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Sekiranya ini berterusan, kita akan melihat semakin ramai PATI dan pelarian yang tidak mahu meminta pertolongan daripada pihak berkuasa kerana mereka takut ditahan setelah diuji positif, atau bahkan negatif Covid-19.

“Diskriminasi yang mereka hadapi sama sekali tidak dapat diterima. Tidak ada seorang pun yang harus menghadapi perkara seperti itu pada masa krisis seperti ini.


“Warga asing ini dibiarkan dan oleh kerana itu  mereka tidak dapat mencari nafkah, tidak seperti rakyat Malaysia, serta tidak memenuhi syarat untuk mendapat apa-apa skim kebajikan Kerajaan.

Sebilangan besar pendatang di Old Town bekerja di Pasar Jalan Othman dan dengan peniaga kecil di dalam dan sekitar PJ.

Pasti ada beberapa prosedur untuk menilai status imigrasi masing-masing dan mempertimbangkan untuk memberi mereka dokumentasi yang tepat untuk membolehkan mereka terus bekerja.

Ramai peniaga masih memerlukan bantuan mereka dan menyingkirkan pendatang asing hanya akan merugikan negara dari segi ekonomi,” katanya.

sumber: Maria Chin Abdullah blog.