Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mayat wanita dijumpai mereput di asrama IPTA

Gambar hiasan
KAJANG - Seorang wanita ditemui meninggal dunia di asrama sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada warden asrama yang memaklumkan terhidu bau busuk dalam bilik berkenaan pada jam 12.43 tengah hari.


"Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui dalam keadaan mereput dan berbau di atas lantai bersebelahan dengan katil dalam biliknya," katanya melalui kenyataan media, semalam.

Mohd Zaid berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang felo asrama di universiti berkenaan.

"Pemeriksaan di dalam bilik itu pula mendapati barang milik mangsa tidak terusik dan kita tidak mengesyaki perbuatan jenayah berlaku terhadap mangsa," katanya.


Menurutnya, mangsa juga menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 16 tahun lagi dan bergantung pada insulin.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -Sinar Harian