Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mukhriz dakwa Najib dalang kejatuhan PH Kedah, ini respon Najib


Di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan hilang jawatan menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir memberi alasan yang tidak masuk akal akan apabila mendakwa Najib Razak menjadi dalang apa yang berlaku.

Mukhriz mendakwa, Kerajaan Kedah jatuh adalah untuk menyelamatkan Najib dari tuduhan skandal 1MDB.

Sungguh pelik dakwaan Mukhriz sedangkan Kerajaan PH Melaka dan Johor sebelum ini pun jatuh juga setelah Menteri Besar PH tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.


Dakwa Mukhriz walaupun arahan untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar datang daripada Muhyiddin Yassin, namun di belakang Presiden Bersatu itu ialah Najib.

"Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada presiden Bersatu melalui Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

"Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.


"Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengubahan haram pada anak Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenayah itu," dakwa Mukhriz dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Mukhriz berkata, Perdana Menteri Muhyiddin juga membuka pintu yang luas untuk membawa kepada "pembebasan" pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan dihadapi mereka.

"Kini mereka kembali berkuasa apabila Muhyiddin buka pintu seluas-luasnya kerana mempertahankan kerusi empuk jawatan perdana menteri," kata Mukhriz.


Dalam pada itu secara sinis, Mukhriz berkata kejatuhannya dan kerajaan PH Kedah adalah hadiah hari jadi paling istimewa buat perdana menteri itu pada 15 Mei lalu.

Katanya, beliau menerima dengan hati terbuka tindakan pihak yang menggulingkannya sebagai menteri besar dan bertekad untuk kekal sebagai pembangkang sehingga habis penggal.

"Gelojoh nak jatuhkan menteri besar Bersatu sebagai hadiah hari jadi kepada perdana menteri, tak ada sekelumit pun ihsan kepada rakyat," katanya lagi.


Bulan Ramadhan pun Mukhriz sanggup berbohong

Dalam responsnya, Najib secara sinis menafikan dakwaan Mukhriz dan menggesa beliau menunjukkan bukti peranannya dalam kejatuhan pentadbiran PH di negeri itu.

"Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja? Sejak PKP bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring."

"Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan. Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni."ujar Najib.

Setakat ini, status Facebook Najib tersebut telah mendapat 23 ribu sukaan dan lebih 7 ribu komen dari netizen yang menghentam dan ada juga yang turut mentertawakan Muhriz berikutan alasannya yang tak berapa cerdik itu.

-Tun Carlos