Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Mukhriz kerap balik KL, surat tuntutan saman pun tak baca" -MB Kedah



Menteri Besar Kedah,Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa bekas Menteri Besar sebelum ini iaitu Mukhriz Mahathir terlalu kerap balik Kuala Lumpur sehinggakan tidak tahu masalah Kerajaan negeri tersebut.

Ini berkenaan desakan Mukhriz supaya Sanusi buktikan tuntutan saman bernilai RM1 Billion dari konsesi balak ke atas Kerajaan Negeri Kedah.

"Dalam mesyuarat Exco yang terakhir, dibuat oleh bekas Menteri Besar (Mukhriz), saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana telah meluluskan dua kawasan tadahan tambahan yang menjadikan kawasan tadahan kita begitu luas.


"Tetapi dalam kawasan tambahan itu ada kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dan bukanlah satu kawasan hutan dara.

"Kawasan ini dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan sebagai kawasan KSK (Kawasan sudah kerja) lebih 30 tahun dulu pernah dibuat pembalakan di kawasan ini.

"Kemudian berlaku permohonan dan ia diluluskan oleh kerajaan terdahulu, bukan oleh kerajaan dua minggu (Perikatan Nasional)."


"Tidak, kawasan ada yang telah lulus lebih 10 tahun dahulu, ada 5 tahun ada 6 tahun dan ada 2 tahun, jadi banyak lah kawasan-kawasan tu."

"Jadi nak ketepikan, nak sapu bawah karpet seolah-olah tiada masalah tidak boleh lah."

Sanusi memberi analogi penoreh getah yang rajin dan pemalas. Menurutnya kalau penoreh yang rajin, dia akan menebas semua lalang, manakala jika penoreh yang malas hanya akan tebang lalang untuk buat lorong sahaja hinggakan tidak nampak ular dan binatang buas yang ada dalam kebun.


"Itu analogi untuk penoreh. Untuk Menteri Besar saya tak tau lah. Kalau dok berulang balik Kuala Lumpur kerap sangat, tak dan(sempat) baca surat.

"Orang hantar surat tuntutan tapi tak dan(sempat) baca pasai flight nak terbang. Tak dan baca naik kapal terbang pi mai pi mai tak dan tengok. Pastu buat-buat tanya...bila bila bila?

"Dah hang tak baca macam mana nak tau." ujar beliau.

-Tun Carlos