Najib dedah kerajaan PH terima bantuan syarikat Israel intip BN dan PAS
Sebuah portal milik DAP iaitu MalaysiaKini cuba menfitnah bekas Perdana Menteri DS Najib Razak dengan mendakwa beliau mendapat bantuan daripada syarikat Israel untuk melakukan intipan terhadap pembangkang sebelum PRU14 yang lalu.
Najib menyangal kenyataan fitnah tersebut dan mendedahkan sebenarnya Kerajaan PH dan juga SPRM ketika itu yang berundung dengan syarikat tersebut.
"Diorang petik artikel entah dari mana untuk tuduh saya beli software pengintipan milik syarikat Israel melalui sebuah negara Siprus untuk intip pembangkang masa itu." ujar Najib
Najib juga meminta semua meneliti tuduhan dari Malaysiakini yang jelas menyatakan:
1. Perjanjian pembelian Fasa 1 yang dikatakan bernilai US$1.5 juta adalah dengan Cawangan Khas Polis (SB) - bukan dengan Pejabat Perdana Menteri.
2. Perjanjian pembelian Fasa 1 ditandatangan pada April 2018 (sebulan sebelum PRU14) - bermakna kerajaan sudah bubar masa itu dan ianya agak mustahil untuk software digunakan untuk PRU14.
3. Pembelian fasa 2 bermula setahun SELEPAS PRU14. Kali ini, nilai pembelian adalah 3 kali ganda lebih besar dan melibatkan SB (US$400,000), Pejabat Perdana Menteri (US$2.5 juta) dan SPRM (US$2.2 juta)
Ini komen Najib:
1. Saya bukan Menteri dalam Negari masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.
Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?
2. Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun. Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing.
3. Pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM masa rejim Gagalkrasi PH.
"Kenapa pulak Mkini dan Malaysia Dateline tak tulis tentang fasa kedua dan tak tuduh Tun Mahathir dan gengnya beli untuk merisik BN dan PAS?"
"Tanyalah boss Pejabat Perdana Menteri (PM7) dan juga boss SPRM setahun selepas PRU14 itu juga.
"Tapi nama saya sahaja dipetik pulak dalam tajuk berita mereka." ujar Najib mengakhiri posting tersebut.
BACA: Malaysiakini mengaku terima dana dari pertubuhan Yahudi
-Tun Carlos