Najib minta Kerajaan abaikan serangan politik dari PH, biar netizen yang tangkis
Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak menasihatkan supaya kerajaan Perikatan Nasional segera fokus mengawal covid dan juga menaikkan ekonomi rakyat dan negara.
Di dalam posting beliau di Facebook, Najib membandingkan kadar pengangguran dan kejatuhan ekonomi antara Malaysia dan negara-negara kuasa ekonomi dunia yang lain.
Beliau beranggapan, krisis ekonomi sekarang ada satu cabaran yang besar sejak era penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.
Berikut adalah ulasan beliau:
1) Amerika Syarikat ialah ekonomi terbesar dunia. Kadar pengangguran Amerika Syarikat naik dari 3.5% pada bulan Februari ke 14.7% - iaitu paling tinggi sejak tahun 1930an.
Kadar ini dijangka meningkat lagi kerana jumlah warga Amerika yang meminta bantuan penangguran terus meningkat setiap minggu.
2) Negara China ialah ekonomi kedua terbesar dunia. Pada suku pertama tahun ini, KDNK mereka susut 6.8%. Ini kali pertama ekonomi China susut sejak tahun 1976 - iaitu 44 tahun dahulu.
Jumlah orang yang hilang kerja di China diramal sebanyak 80 juta orang.
3) Bank Negara England mengeluarkan unjuran rasmi bahawa kemelesetan ekonomi negara itu akan paling teruk sejak tahun 1706 - iaitu sejak 314 tahun dahulu.
4) Kejatuhan jumlah pekerja di negara jiran Singapura pada suku pertama tahun 2020 adalah paling teruk sejak 11 tahun dahulu dan diramal akan lagi teruk pada bulan April.
5) Kadar pengangguran Malaysia pada bulan Mac 2020 sudahpun paling tinggi sejak 10 tahun yang lalu. Anggaran 120,000 rakyat Malaysia telah hilang kerja sejak bulan Februari.
6) Jumlah kes Covid seluruh dunia sudah cecah 4 juta orang minggu lepas.
Harga minyak dunia bawah US$30. Harga sawit bawah RM2,000 satu tan.
Ini adalah cabaran amat besar bagi negara sejak zaman penjajahan Jepun.
Kerajaan PN tidak boleh pandang rendah sebagaimana kerajaan PH pandang rendah ancaman Covid.
Langkah-langkah dan dasar-dasar untuk melindungi Rakyat paling terjejas, menggalakkan pembelian serta pengeluaran barangan tempatan dan mewujudkan atau mempercepatkan projek-projek infra yang memberi pulangan jangka masa panjang bagi menjana peluang pekerjaan baru untuk mengganti pekerjaan yang hilang perlu diberi keutamaan dan dilaksanakan pada kadar paling segera.
Kita tak boleh tunggu lagi kerana lebih lama kita tunggu, jauh lebih payah kita nak hidupkan semula ekonomi.
Kitaran ekonomi tidak boleh berhenti.
Ianya sangat mudah bagi syarikat-syarikat sedia ada untuk melingkup tapi amat susah untuk menggalakan pelaburan dan syarikat baru diwujudkan pada masa kini.
Kerajaan PN perlu abaikan serangan politik dari geng gila kuasa Gagalkrasi PH. Netizens akan bantu tangkis.
Fokus pada ekonomi dan teruskan usaha mengawal Covid.
sumber: FB Najib Razak