Najib tak setuju sektor ekonomi dibuka serentak 4 Mei, tak perlu gelojoh, tengok Jepun & Kanada
Dalam perutusan khas PM pagi tadi , terdapat beberapa sektor ekonomi yang diumumkan akan dibuka semula.
Namun terdapat banyak pihak yang kurang bersetuju dengan cadangan / pengumuman tersebut.
Tidak ketinggalan untuk memberikan pendapat dan pandangan mengenai pengumuman tersebut ialah bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak.
Melalui satu posting di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi , beliau tidak bersetuju supaya sektor ekonomi dibuka secara serentak pada 4 Mei ini. Ikuti penjelasan yang ditulis olehnya.
“Hari ini negara kita rekodkan 69 kes Covid baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh.”
“Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virus C0vid yang masih mer3bak dalam masyarakat tempatan.Angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu”
“Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kel0nggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?”
“Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat.Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal.”tulisnya
”Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita. Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai? Kanada dan Jepun sudahpun berlaku apabila mereka longgarkan lockdown, kes jangkitan meningkat mendadak.”
“Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur.”
“Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.”
“Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja?Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.”
“Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan? Gunakan tempoh satu minggu ini juga untuk ajar rakyat bagaimana nak amalkan SOP social distancing dan menyesuaikan diri semasa di tempat-tempat umum.”
”Bagaimana nak makan berasingan dalam restoran. Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam. Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing.”
“Perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak seperti ini.”tulisnya
Rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh beliau.
BACA: Hokkaido Jepun dilanda gelombang kedua selepas perintah berkurung ditamatkan
sumber: FB Najib Razak