Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Orang lama" tugasnya untuk menasihat, bukan memimpin lagi -Nik Abduh


Semua pihak terutamanya ahli politik diminta tidak obses terhadap usaha untuk menukar kerajaan, kata anggota parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Hal itu kerana, katanya, apa yang membimbangkan situasi semasa turut menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

"Politik ni panjang, ada masanya kita boleh redakan dan sampai masanya kita bolehlah panaskan balik.



"Jadi pada pandangan saya, tindakan Tun Dr Mahathir (Mohamad) ini sebagai mana saya sebut sebelum ini, sebelum dan selepas pilihan raya, saya masih lagi melihat bahawa kesilapan besar yang berlaku dalam politik negara kita ialah ahli politik terlalu mengharapkan beliau supaya memimpin kembali negara.

"Saya yakin bahawa sebagai orang yang telah berpengalaman, peranan Dr Mahathir adalah menasihat. Itu orang tua, orang lama dia bukan ditugaskan untuk memimpin. Orang tua tugasnya menjadi penasihat," katanya seperti dilaporkan portal Awani.

Kenyataan itu dibuat ketika ada cakap-cakap mendakwa Pakatan Harapan (PH) kini sedang berada di peringkat akhir untuk kembali menjadi kerajaan selepas mereka diruntuhkan melalui 'Langkah Sheraton' baru-baru ini.



Beberapa pihak mendakwa kononnya PH sudah memiliki sokongan anggota parlimen yang diperlukan bagi mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Untuk rekod Langkah Sheraton menyaksikan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada PH untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS serta MIC dan MCA.

Kerjasama itu kemudian melahirkan Perikatan Nasional (PN). Namun pengkritik terutamanya dari PH melabel PN sebagai kerajaan pintu belakang kerana mendakwa kononnya penubuhannya menafikan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 2018.



Nik Abduh yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, Mahathir perlu mengurangkan drama politik ketika rakyat dan negara berdepan pandemik Covid-19.

Jelas pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu lagi, bagi menghentikan drama itu Mahathir disaran berehat daripada politik dan tidak mendengar hasutan orang sekeliling yang hanya boleh merosakkan imej beliau.

Untuk rekod, sebelum PRU ke-14 lalu Presiden PAS Abdul Hadi Awang terlebih dulu menyarankan agar Mahathir berehat daripada politik dengan menyandarkan hujahnya kepada usia ahli parlimen Langkawi berkenaan.

Bagaimanapun selepas menjadi perdana menteri, PAS membawa usul percaya kepada Mahathir sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal setelah angin politik berubah apabila melihat perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri akan lebih memberi kemudaratan kepada agama Islam dan bumiputera kerana beliau dilihat lebih tunduk kepada DAP.

sumber: -Mkini