Pemanasan Global: Paras laut dijangka meningkat sebanyak 1.3 meter
Penduduk di pekan kecil Newfoundland, Kanada dikejutkan dengan bongkah besar ais yang hanyut pertama kali di situ. |
PARIS: Paras laut dijangka akan meningkat sebanyak 1.3 meter seandainya permukaan bumi lebih panas dengan hanya peningkatan sebanyak 3.5 darjah celsius, demikian amaran saintis.
Menjelang tahun 2300, apabila lapisan ais yang melitupi kawasan Antartika Barat dan Greenland akan menumpahkan bertrilion-trilion tan jisim, paras laut boleh meningkat sehingga lebih lima meter dan membentuk semula sempadan pantai seluruh dunia.
Perkara itu dilaporkan setelah menjalankan tinjauan sesama penyelidik membabitkan lebih daripada 100 pakar terkemuka.
Kira-kira 10 peratus penduduk dunia atau 770 juta orang, hari ini hidup di darat kurang dari lima meter di atas permukaan air pasang.
Matlamat perjanjian iklim Paris untuk mengatasi pemanasan global di bawah 2 darjah celsius tercapai, jika paras air laut yang sangat besar boleh naik dua meter pada 2300, menurut kajian dalam jurnal 'Climate Atmospheric Science'.
Purata suhu permukaan bumi meningkat lebih 1 darjah celsius sejak era praindustri, satu penanda aras yang digunakan secara meluas untuk mengukur pemanasan global.
Pengarang bersama yang juga Ketua Sistem Analisis Bumi di Institut Kajian Impak Iklim Potsdam (PIK), Stefan Rahmstorf, berkata sudah jelas sekarang bahawa anggaran kenaikan paras laut sebelumnya terlalu rendah.
Unjuran baharu untuk kedua-dua horizon 2100 dan 2300 jauh lebih tinggi, jika dibanding dengan Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (IPCC), termasuk laporan khas mengenai lautan yang dikeluarkan pada September.
"IPCC cenderung untuk lebih berhati-hati dan konservatif. Itu sebabnya ia harus beberapa kali diperbaiki," kata Rahmstorf. - AFP