Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendakwaraya mohon Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan penerbit Hollywood, Riza Aziz yang dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas pendakwaraya ad hoc, Gopal Sri Ram beritahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

“Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit,” katanya, membaca kenyataan yang disediakan.



Sri Ram yang mewakili Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berkata jumlah itu secara langsung merujuk kepada isi pertuduhan

Dengan persetujuan ini, katanya, pertuduhan terhadap Riza tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu perjanjian selesai.

“Pihak pendakwaan, dengan persetujuan tertuduh, memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk melepaskan tanpa membebaskan,” katanya

Sri Ram turut dipetik Berita Harian online sebagai berkata, jika berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, tindakan akan diambil supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan.



Pada Januari lalu, Ketua SPRM pada masa itu iaitu Latheefa Koya telah mendedahkan audio perbualan telefon antara bekas Perdana Menteri DS Najib Razak dan juga HH Sheikh Mansour.

HH Sheikh Mansour ialah Timbalan presiden UAE, dan adik kpd Presiden UAE Khalifa bin Zayed Al Nahyan.

Jadi apabila disahkan daripada rakaman pintas perbualan yang didedahkan oleh Latheefa itu, terbukti dana daripada filem yang diterbitkan oleh Riza adalah daripada pinjaman oleh Sheikh Mansour, maka maksudnya ia bukanlah daripada duit 1MDB.



Adakah logik kerajaan PH ataupun Latheefa Koya mahu menfitnah Sheikh Mansour mencuri duit 1MDB dan berikan kpd Riza Aziz?

Berbalik kepada filem yang telah dikeluarkan Riza, sememangnya ia adalah satu pelaburan yg bagus.

-2013 Wolf of wall street, modal $100 juta , jualan $392 juta ...
-2014 dumb and dumber two, modal $50 juta , jualan $169.8 juta ...
-2015 Daddy's home modal $69 juta , jualan $240.4 ...

Jadi, jumlah modal untuk 3 filem yg diterbitkan sekitar $219 juta , manakala jualan $802.2 juta!

-Tun Carlos