Rakaman suara Muhyiddin disebar penyokong Mahathir, tapi rakyat tak kesah asal PH jatuh
Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan (PH) kini beredar di Internet.
Ia bertujuan bagi menutup kesalahan Tun Mahathir tersalah langkah meletakkan jawatan beliau sebagai PM pada Februari lalu sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan jatuh tersungkur menyembah tahi.
Dalam rakaman suara yang disebarkan itu, suara yang mirip dengan presiden parti Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberi kepercayaan kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada akan kekal atau meninggalkan PH.
"Dan di kala itu mungkin kita boleh tunggulah bila Tun jumpa dengan ketua presiden parti, okay we wait for one week, for whatever it is, then we will be more sober. Hari ni a bit emosional.
(Oklah kita tunggu selama satu minggu, untuk apa sahaja, maka kita akan lebih tenang. Hari ni agak emosional).
"Dan kita fikirkan soal yang paling besar dalam sejarah kita iaitu out of PH moving to the coalition, but we still be the government. Government led by Bersatu, that is important," kata lelaki dalam rakaman berkenaan.
(...Keluar dari PH untuk berpindah gabungan, tapi kita masih kerajaan. Kerajaan yang dipimpin Bersatu, itu penting)
Ia difahamkan ia dirakam di penghujung mesyuarat pada 23 Februari.
Suara itu menyebut untuk menunggu seminggu lagi sebelum membuat keputusan keluar PH tetapi masih berada dalam kerajaan dipimpin Bersatu.
Video itu dikatakan menjadi bukti bahawa Bersatu tidak membuat keputusan muktamad sama untuk keluar PH pada 23 Februari.
Ini berlaku selepas ketua penerangan Bersatu, Radzi Jidin mendakwa keputusan telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan dan Mahathir menyokong keputusan meninggalkan PH sebelum berubah fikiran.
Pada malam 23 Februari, Muhyiddin dan pemimpin Bersatu yang lain telah berkumpul dengan kumpulan yang diketuai bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, pemimpin Umno dan PAS di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, dalam apa yang dikenali sebagai "Langkah Sheraton".
Ini mencetuskan krisis politik selama seminggu setelah Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Pada masa itu pihak PH menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri dan cuba untuk mengumpul sokongan dari Ahli Parlimen.
Selepas itu PH menamakan Tun Mahathir semula sebagai PM setelah Muhyiddin menyerahkan nama ahli parlimen yang menyokongnya kepada YDP Agong.
Krisis itu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri setelah YDP Agong sendiri melakukan temuduga setiap seorang Ahli Parlimen untuk mengetahui bilangan sokongan terhadap Muhyididn ataupun Mahathir.
Mahathir sehingga hari ini mendakwa Muhyiddin dan penyokongnya mengkhianati hasratnya untuk kekal berada dalam PH berikutan mesyuarat Majlis Presiden Harapan pada 21 Februari.
Tetapi lain pula respon dari rakyat yang memberi sokongan yang padu kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin yang dilihat lebih prihatin kepada rakyat dan juga turut berjaya mengawal wabak Covid-19 sehingga dipuji dunia luar.
-Tun Carlos