Rasuah: Khalid Samad dakwa tak kenal "broker", tapi Najib kantoikan Khalid
Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak hari ini telah mendedahkan gambar anak kepada bekas MeNteri Wilayah, Khalid Samad bersama-sama dengan "broker" yang didakwa Khalid telah memetik nama Pegawai Khasnya bagi memalsukan dokumen untuk projek di Kementerian Wilayah.
Kes ini menjadi gempar setelah sebuah syarikat arkitek di Kuala Lumpur telah melakukan aduan mengenai dokuman DO yang diterima mereka adalah palsu. DO itu diterima daripada individu yang menjadi broker.
Pihak polis telah menahan reman pegawai Khalid Samad iaitu Azli Yahya kerana didakwa telah bersubahat dengan broker tersebut.
Khalid lantas mempertahankan pegawainya itu dan mendakwa "broker" tersebut telah sengaja memetik nama pegawainya untuk dapatkan keuntungan beruta-juta.
Di dalam status di twitter Khalid, beliau mendakwa bahawa beliau tidak mengenali broker tersebut.
Tetapi Najib telah memuatnaik gambar anak lelaki Khalid bersama-sama broker dan juga keluarga broker itu.
"Lid (Khalid) akhirnya mengaku dia pernah bergambar bersama suami isteri broker serta setiausaha politik yang ditahan polis."ujar Najib di Facebooknya.
"Namun Lid kata dia tak berapa kenal mereka."
Posting twitter Khalid Samad, dan juga gambar anak lelaki Khalid (dalam bulatan) bersama-sama dengan broker |
"(Menurut Khalid) Saya tak berapa kenal mereka. Mai majlis raya.. jumpa mungkin sekali dua jer. Tak segeng (satu geng)."
"Tapi ada juga gambar-gambar lain yang tular hari ini bahawa ada lagi orang yang sangat-sangat rapat dengan Lid bergambar dengan broker suami-isteri pulak.
"Macam sangat segeng pulak dalam gambar. Lid kenal siapa dalam dua gambar ini?" soal Najib sinis setelah membulatkan muka anak Khalid dalam gambar tersebut.
"(Eh... kenapa Lid asyik tanya dari mana saya dapat gambar-gambar itu? Empat kali dia tanya. Lid dah goyang ke?)" ujar Najib
-Tun Carlos