Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saddiq kantoi menipu, Bersatu Muar nafi terus sokong beliau sebagai Ketua Armada & Bahagian


JOHOR: AJK Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Muar telah mengeluarkan kenyataan untuk menyangal dakwaan Syed Saddiq yang dibuat pada semalam.

Semalam, Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan bahawa parti PPBM Bahagian Muar sebulat suara telah memutuskan untuk menolak pemecatan beliau dan terus mengiktiraf kedudukannya sebagai Ketua Bahagian Muar dan Ketua Armada BERSATU.

Saddiq juga telah memuatnaik gambar beliau bersama pimpinan dan AJK PPBM bahagian Muar dengan senarai 21 ahli jawatankuasa sebagai bukti sokongan terhadap beliau.

Posting FB Syed Saddiq dan juga komen daripada AJK Bahagian Muar



Sejurus selepas kenyataan Saddiq di Facebook, beberapa orang daripada 21 ahli jawatankuasa PPBM Muar mula meninggalkan komen di posting Saddiq dan mendakwa gambar yang dimuatnaik beliau adalah gambar lama dan menurut ahli jawatankuasa itu juga, mereka tidak pernah kata mereka bersetuju untuk tolak pemecatan Syed Saddiq.

Hari ini, seramai 14 daripada 21 orang itu keluarkan kenyataan yang jelas membuktikan kenyataan Syed Saddiq kononnya mendapat sokongan dari AJK Muar adalah satu penipuan dan pembohongan yang amat terdesak dan teramat kebudak-budakan.

Mereka secara menegaskan bahawa mereka bersetuju Syed Saddiq dilucutkan jawatan dan mengucapkan "jutaan terima kasih atas segala jasa baik YB Syed Saddiq selama ini.

-Tun Carlos