Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syed Saddiq pertahankan Mahathir, dakwa klip audio satu pembohongan



Satu lagi klip audio yang dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb lalu beredar.

Kali ini, klip audio berkenaan menggambarkan suara seseorang yang dikaitkan sebagai suara Dr Mahathir Mohamad yang bersetuju agar Bersatu keluar PH.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mempertahankan Mahathir di twitternya dan menegaskan bahawa klip audio itu "pembohongan".



Syed Saddiq mendakwa dia sendiri berada di dalam mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Feb dan menurutnya Mahathir merayu agar pemimpin Bersatu tidak memaksanya "melanggar prinsip".

"Ini terang-terang adalah pembohongan. Saya hadir mesyuarat itu. Mahathir merayu tiga kali untuk tidak meninggalkan PH.

"Kali terakhir beliau merayu, berliau berkata 'jangan paksa saya langgar prinsip saya'.



"Saya cadangkan majlis pimpinan tertinggi (MPT) mendedahkan rakaman audio penuh yang akan membuktikan bagaimana Mahathir merayu agar tidak tinggalkan PH," katanya.


Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Bersatu yang masih menyebelahi Mahathir, Tariq Ismail Mustafa, dalam satu kenyataan membuat tuduhan bahawa penyebaran klip audio berkenaan sebagai tindakan terdesak "puak-puak Sheraton".

Tariq dipercayai merujuk individu di sebalik gerakan politik Feb lalu yang membawa kepada tumbangnya PH.



"Anehnya, walaupun saya salah seorang ahli MPT yang hadir di mesyuarat tergempar tanggal 23 Februari 2020 tersebut, tidak sekali pun pada ingatan saya, keputusan dibuat agar menarik diri dari gabungan PH.

"Hakikatnya, usul untuk keluar daripada PH untuk bergabung bersama Muafakat Nasional berakhir dengan keputusan untuk menyerahkan keputusan muktamad kepada Mahathir setelah beliau menilai dan mempertimbangkan dengan teliti usul tersebut.

"Hakikatnya, puak-puak Sheraton semakin terdesak bagi membuktikan kesahihan mereka sehingga sanggup menimbulkan syak wasangka antara Mahathir dan PH serta perjuangan asal Bersatu walau apa cara sekalipun," katanya.



Menurut MalaysiaKini ketika dihubungi, Tariq juga mempertahankan Mahathir dan menafikan beliau ada mengkritik DAP atau Presiden PKR Anwar Ibrahim, seperti yang jelas didapati dalam rakaman audio berkenaan.

Sebaliknya, kata Tariq, Mahathir cuma memohon agar dibenarkan untuk memenuhi janjinya kepada Anwar untuk berundur sebelum habis penggal.

"Dan dia tak setuju dengan gabungan bersama Umno kerana mereka akan guna ini untuk putar belit supaya mahkamah tidak buat tindakan kepada mereka," katanya.



Terdahulu, klip audio yang didakwa merakamkan mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari menggambarkan pemimpin Bersatu bersetuju dengan usul untuk meninggalkan PH pada hari itu.

"Kalau kata hari ini (mahu tinggalkan PH), okey, hari ini kita keluar daripada PH," kata suara yang dikaitkan dengan Mahathir.

Kedengaran Mahathir juga mengatakan bahawa sokongan dari Umno 'berubah-ubah', tetapi ini tidak berbeza dengan DAP atau PKR.



"Kalau bagi masa sikit saja, dia (Umno) nanti suka kat saya... Tak ada kelainan. Cumanya saya pun tak suka kepada DAP, tak suka pada Anwar, yang lain pun macam itu. Semua itu soal masa saja.

Nak kita tentukan masa atau kita ambil tindakan hari ini," kata suara itu.

Klip audio tersebut telah ditularkan di media sosial oleh netizen, termasuk dimuatnaik oleh bekas perdana menteri Najib Razak di Facebooknya.

Dengan pendedahan audio tersebut, rakyat kini sedar yang Mahathir sebenarnya seorang pemimpin yang berlidah biawak seperti yang pernah didakwa oleh bekas pemimpin PKR iaitu Rafizi Ramli.

Dari komen-komen yang diluahkan netizen rata-rata mereka amat kesal dan terkejut setelah menyedari sifat sebenar Mahathir yang selama ini mereka hormati.

BACA: Klip audio Mahathir tersebar, putuskan Bersatu keluar dari PH dan tak suka Anwar DAP

-Tun Carlos